Home Review Pixel 4 XL FTU. Berbaloi Atau Tidak?

Pixel 4 XL FTU. Berbaloi Atau Tidak?

by ATAN x MG

Dalam bulan ini, kami lihat banyak sekali orang menjual Google Pixel Factory Testing Unit (FTU) unit. Tidak kira samada siri Pixel 3 atau Pixel 4. Adakah perbezaan antara unit FTU dengan unit original? Semestinya YA. Terdapat beberapa perbezaan antara kedua unit ini.

UNIT FTU

  • Lebih murah
  • Tiada Face ID
  • Logo G pada belakang panel lain dari yang original (bukan semua)
  • Tiada warranti
  • Ada nombor kod pada bawah skrin hadapan
  • Ada unit yang cemerlang, ada unit yang TIDAK OK

Kami di MG dengan beraninya membeli dan mencuba 1 unit siri Pixel 4 iaitu Pixel 4 XL FTU unit ini. Ini adalah ulasan jujur kami. Tarik nafas, kosongkan minda anda. Mari kita mula guys…

Skrin

Skrin pada unit kami sangat cemerlang. Tiada isu skrin ‘burn’, tiada isu skrin kekuningan dan tiada masalah ‘ghost touch’ atau sebagainya. Kami ternyata teruja dengan prestasi skrin unit Pixel 4 XL FTU yang kami dapat ini. Dengan kadar segar 90hz dipadankan dengan resolusi yang tinggi. Memang skrin anda nampak terang dan sangat cun. Kami telah mencuba pelbagai aplikasi seperti Netflix, YouTube dan juga beberapa permainan mudah alih. Semuanya ditayangkan dengan baik.

Prestasi

Cip pemprosessan Snapdragon 855 dengan RAM sebesar 6GB. Dipadankan pula dengan ‘stock android’. Terasa pantas dan tuntas. Pada mulanya kami risau tentang hardware dalaman peranti ini sudah ditukar atau tidak berfungsi dengan baik namun tidak. Prestasi yang kami boleh kata atau kami boleh beri jaminan, sama 100% dengan peranti Pixel 4 XL yang original. Tidak ada kurang walaupun sedikit. Anda mampu bermain permainan mudah alih seperti PUBG tanpa lagging.

Bateri

Bateri untuk peranti yang kami cuba dapat bertahan sepanjang hari. Kami cas kan peranti sehingga penuh dari pukul 10 pagi. ia dapat bertahan sehingga pukul 12 tengah malam dengan penggunaan biasa. Biasa di sini ialah penggunaan sedikit pada aplikasi sosial media, kamera dan permainan mudah alih. Bagi kami, ini sudah cukup memadai.

Bunyi & Getaran

Siapa yang pernah pakai peranti Pixel, semestinya tahu akan kualiti yang dihasilkan dari peranti ini. Stereo speaker dan motor getaran pada peranti Pixel 4 Xl FTU unit ini memang mengagumumkan kami. Tidak ada bunyi yang pecah atau bergaung. Tidak ada bunyi tin kosong. Bunyi yang dihasilkan sangat padu dan jitu. Bunyi juga sangat kuat dan lantang. Dari segi getaran, hasilnya seperti peranti kelas flagship yang premium. Kami boleh katakan seperti getaran peranti iPhone. Ya guys. FTU unit ‘works like champs’.

Kamera

Berbicara tentang peranti Pixel, HARAM kita tidak ceritakan berkenaan kamera peranti ini. Ini adalah sebab NO 1 kenapa pengguna memilih untuk menggunakan peranti Pixel ini. Peranti Pixel 4Xl FTU unit yang kami dapat adalah unit yang sangat baik. Unit yang sangat baik maksud kami disini ialah kamera berfungsi dengan baik sekali. Fungsi potret, Night Sight dan rakaman video semuanya padu belaka guys. Tidak perlu kami cerita banyak, mari lihat contoh gambar yang diambil dengan peranti FTU kami ini.

Kamera Utama

Kamera Potret

Kamera Hadapan

Kamera Telephoto

Kamera NightSight

Kamera Photo Sphere

Video

Ini adalah contoh video dari Google Pixel 4XL FTU. Agak menarik kami katakan kerana kualitinya sama seperti Google Pixel 4XL original. OIS berfungsi dengan sangat baik. Kami merakam video ini ketika melawat Pulau Jerejak di Pulau Pinang. Perhatikan fungsi OIS pada rakaman atas bot. Penstabilan imej yang sangat mantap!

RIVIEW Google Pixel 4XL FTU

Konklusi yang kami boleh berikan adalah Pixel 4 XL FTU ini sangat berbaloi untuk dibeli. Harganya yang jauh lebih murah dengan fungsi yang sangat sama 100% seperti original. UPDATE pon dapat guys. Cuma kekurangan pada fungsi “Face ID’. Jika anda rasakan fungsi ini kurang berguna kepada anda, ternyata anda patut masukkan peranti ini kepada peranti #autobeli. Namun ada satu AMARAN yang perlu kami beritahu disini, kami mendapati terdapat beberapa pengguna unit FTU ini kecewa atas prestasi peranti mereka. Dikatakan kamera hadapan tidak berfungsi dengan baik, bateri habis dengan sangat cepat dan sistem operasi yang sedikit ‘gila’. Jadi sebelum membeli, pastikan anda mencuba dahulu demi memastikan unit yang diterima beroperasi dengan lancar.

Perlu untuk kami beritahu anda, kami juga tidak tahu bagaimana kewujudan set FTU ini. Siapa pembekal ke Malaysia atau sebagainya. Kami hanya ‘end-user’. Namun set FTU ini memang sangat berbaloi untuk dibeli jika set yang anda dapat dalam kedaan cemerlang.

PIXEL 4 XL FTU UNIT | MG APPROVED

You may also like

3 comments

Zairollizam July 26, 2020 - 9:35 am

Misai Gadget taknak jual semula ke set yg ada tue? Hahahaha.

Reply
Annur Firdaus July 27, 2020 - 2:42 am

Assalamualaikum misai, mana nk beli phone pixel ftu ni ye?

Reply
administrator July 28, 2020 - 2:56 am

Seller dalam group FB Pixel Malaysia banyak bro. Situ byn trusted

Reply

Leave a Comment