Home Review (REVIEW) Tronsmart APPOLO BOLD. Yang Pasti BUKAN Untuk Gamers.

(REVIEW) Tronsmart APPOLO BOLD. Yang Pasti BUKAN Untuk Gamers.

by ATAN x MG

Sudah lebih dari 2 minggu kami mencuba dan menguji sejauh mana keupayaan Tronsmart Apollo Bold, sebuah TWS premium dengan harga yang bajet. Ramai yang memberi pandangan bahawa ini bukanlah harga bajet namun jika anda lihat dari segi fungsi dan kualiti binaan. Ia adalah harga bajet berbanding jenama jenama TWS premium yang lain yang mampu mencecah RM500 keatas hinggalah ribuan ringgit.

Perlu anda tahu, ini adalah review penggunaan kami di makmal MG. Bermaksud review ini adalah dari halwa telinga kami di MG.

Kualiti Bunyi Untuk Muzik

Kualiti bunyi dari Apollo Bold ini sangat mengangumkan kami pada waktu pertama kami menggunakan ia. Dengan kedapan getah telinga (ear tips) yang padat. Membuatkan bunyi yang dikeluarkan bergema hanya dalam telinga anda. Dari segi bass dan treble, bagi kami ia agak seimbang. Mungkin untuk bass hanya lebih sedikit berbanding treble. Namun ia sangat baik kerana bunyi yang dihasilkan untuk suara tidak tenggelam, muzik dibelakang masih dapat didengari dengan terperinci.

Untuk ujian lagu atau muzik, bunyi yang kami rasa amat kualiti. Kami mencuba beberapa jenis lagu seperti Rock, Intrumental, Akustik, Bunyi Ambient dan Pop namun bukan K-Pop. Segala bunyi instrumen seperti gitar, bass, drum dan juga ambient di belakang boleh didengari dengan baik sekali. Untuk muzik jenis ambient, ia mampu membuatkan bulu roma anda terangkat! Anda seolah berada dalam dunia anda kerana kualiti bunyi memang mantul!

Apabila kami mendengar muzik jenis rock, kami cuba untuk fokus pada setiap intrumen yang dihasilkan di belakang, ternyata Apollo Bold ini mampu menggalas tugas dengan baik. Bunyi seperti gitar dan bass, boleh anda dengar hingga membuat anda tersenyum bila datang ‘part’ yang anda suka. Sehinggakan membuat anda hentak kaki dan menghangguk kepada berseorangan. Untuk suara vokalis, ia tidak tenggelam, walaupun kami mengatakan bass agak tinggi sedikit dari treble, ia masih boleh didengari dan masih sedap di telinga kami.

Secara keseluruhan, kualiti bunyi untuk anda mendengar lagu memang sangat sangat baik.

Kualiti Bunyi Untuk Movie

Kami juga menguji Apollo Bold ini untuk menonton movie dari aplikasi seperti Netflix dan juga HBO GO. Apa kami boleh katakan terdapat sedikit sela masa atau delay yang kami rasa. Delay yang kami rasa ini tidaklah banyak namun ia masih memberikan ketidak puasan kepada pengguna kerana bunyi dihasilkan tidak sama dengan pegerakan mulut daripada movie tersebut. Kami mencuba dengan Tronsmart Spunky Pro, berita baiknya Tronsmart Aplollo Bold ini lebih baik dan lebih kurang delay daripada abang beliau. Mungkin kerana Apollo Bold ini dibantu dengan cip flagship daripada Qualcomm.

Komen kami Apollo Bold ini terhadap konten movie, ia tidaklah memberi pengalaman yang baik namun delay itu masih kami boleh terima.

Kualiti Bunyi Untuk Permainan Mudah Alih

INI BUKAN UNTUK GAMERS. Ya. Itulah kesimpulan yang kami boleh berikan jawapan terus kepada anda. Tiada tapisan. Ia bukan untuk gamers. Pasti. Delay yang memang terasa, agak lambat sampai ke telinga serta tidak memberikan pengalaman yang baik. Namun bunyi yang dihasilkan baik sama seperti kualiti bunyi untuk lagu dan movie.

Kami mencuba permainan mudah alih seperti PUBG Mobile, jelas kami terciduk awal bertambah dengan perasaan bebal kerana tidak jumpa musuh dimana. Kami juga menguji dengan TWS terbaru daripada Oneplus Buds. Apa yang membuat kami terkejut, OnePlus Buds boleh dibuat main permainan mudah alih. Delay sangat sangat kurang berbanding Apollo Bods yang memang terasa jelas delaynya.

Kepada para gamers, ini bukan untuk anda.

Untuk kegunaan bagi pengguna biasa, anda boleh mencuba Apollo Bods ini, untuk dengar lagu, bercakap telefon dan melihat sedikit kandungan movie. Ia masih mampu memberikan anda kualiti yang bagus. Rekaannya juga agak moden dan cantik. Mudah dibawa kerana ia kecil dan kompak. Untuk kedapan telinga, ia membuatkan anda sangat selesa dan tidak terasa panas atau gatal jika memakainya dalam waktu yang lama. Tidak lupa kepada fungsi Noice Cancelling yang terdapat pada Aplollo Bold ini. Ia berfungsi dengan amat baik jika suasana dalam kedaan bising mampu senyap jika anda hidupkan fungsi ini.

Jika anda seorang penggemar muzik. Anda boleh beli. Selain daripada itu, mungkin terdapat pilihan yang lain dengan harga yang sama dengan TWS ini.

You may also like

Leave a Comment