Home Motorola Segmen OTAK! – Peranti Pertama Mempunyai Ciri Kalis Air.

Segmen OTAK! – Peranti Pertama Mempunyai Ciri Kalis Air.

by ATAN x MG

Ya guys. Ini adalah segmen OTAK! Dalam segmen ini kita akan memberitahu anda info, trivia, ‘fun facts’ atau perkara perkara yang mungkin anda tidak tahu atau kami sendiri baru tahu. Kita akan kongsikan dengan anda di segmen ini. Jadi untuk segmen OTAK! yang pertama ini, mari kita lihat peranti pertama yang mempunyai ciri KALIS AIR. Lets go!

Ciri kalis air adalah satu ciri yang kita boleh kata ‘biasa’ pada masa sekarang. Yelah guys. Boleh kata kebanyakan peranti sudah mempunyai ciri ini. Malah bukan sahaja ciri kalis air, terdapat juga ciri kalis percikan air. Ala macam korang setakat nak bilas bilas air dekat peranti korang tu, kiranya boleh la. Setakat nak bilas ya guys. Bukan korang rendam kat peranti tu.

Berbeza dengan peranti kalis air, kalis air membolehkan korang rendam / tenggelamkan / masuk air terus pada kedalaman dan masa tertentu. Ingat guys, DALAM PADA MASA & KEDALAMAN TERTENTU. Bukan korang terus menyelam terus lama lama macam tu. Kalau nak menyelama lama, korang boleh cari kerangka kalis air. Lebih selamat.

Motorola Defy

Motorola Defy. Peranti pertama yang menyokong ciri kalis air. Pada zaman ini, ciri kalis air ini sangatlah RARE. Jadi peranti ini sangat istimewa pada awal teknologi ini wujud. Rekaan peranti ini tidak seperti sekarang yang mana rekaan sekarang nampak kemas dan moden, ia adalah kerana pemasangan getah kalis air adalah dibahagian dalam peranti. Berbeza pada awal ciri ini wujud, getah kalis air ini dibina pada luar peranti. Peranti ini kelihatan agak tebal.

Motorola Defy ini menggunakan sistem operasi Android 2.1 dengan RAM sebesar 512MB. Lihatlah betapa pesatnya zaman tekonologi berubah dari zaman ke zaman. Kalau ikutkan nisbah 512MB dengan RAM sekarang adalah sangat sangat berbeza. Berkemungkinan 512MB ini hanya digunakan untuk satu aplikasi sahaja.

Jadi ini sahaja info untuk Segmen OTAK!. Kami akan membawakan anda info info menarik lagi selepas ini.

Sumber : Androidauthority

You may also like

Leave a Comment