Home Android Android 1.0. Permulaan Sebuah Sistem Operasi Yang Mendominasi Dunia.

Android 1.0. Permulaan Sebuah Sistem Operasi Yang Mendominasi Dunia.

by ATAN x MG

Siapa sangka Android sekarang mendominasi dunia dengan sistem operasi mereka. Kembali ke masa lampau, kita mungkin akan bersangka Nokia atau sistem operasinya Symbian akan kekal kerana jenama mereka sangat GAH pada masa itu. Mungkin antara kita akan menyangka sistem operasi Blackberry akan kekal juga hingga ke hari ini. Namun, semua itu tidak terjadi malah kedua dua sistem operasi itu sudah pun terkubur senyap sepi. Agak sedih kerana Nokia merupakan peranti yang sangat baik.

Android 1.0, sistem operasi yang pertama dalam keluarga Android.

Android dibina pada tahun 2003 oleh Syarikat Android. Ianya dibeli oleh Google pada tahun 2005. Sistem operasi beta yang pertama hadir pada tahun 2007 pada bulan November. Manakala Software Development Kit (SDK) hadir pada tahun yang sama pada 12 November.

Peranti pertama guna Android?

Peranti pertama yang menggunakan sistem operasi Android adalah daripada peranti HTC iaitu HTC Dream atau nama lainnya T-Mobile G1 pada tahun 2008 bulan Oktober. Untuk makluman, tiada kod nama pada Android pertama ini seperti versi Android yang lain.

Android pertama atau Android 1.0 ini dilengkapi dengan aplikasi asas iaitu Gmail, Peta Google, Kalendar Google dan YouTube. Pada masa itu, penggunaan sistem pintar belum diguna secara meluas kerana talian data masih mahal. Ramai pengguna hanya menggunakan telefon untuk bermesej atau menelefon seseorang. Tambahan pula pada waktu itu hanya menggunakan tambah nilai untuk membeli data. Telefon awam juga masih banyak pada masa itu. Lejen betul kan guys.

Peranti Android pertama MG adalah daripada Sony iaitu Sony Ericsson Xperia X10. Ia dijana dengan Android Froyo pada masa itu. Apa yang MG boleh kongsikan adalah agak RARE dan ramai yang kagum pada peranti Android masa itu. Yelah, masa tu Blackberry memang sangat popular, semua orang bertukar tukar BBM konon konon senang nak mesej. Masa tu boleh muat turun permainan mudah alih kira habis hensem la. PUI!

Setakat itu saja guys. Jadi kami ‘higlight’ kan info untuk SegmenOTAK! pada kali ini.

  • Android dibina pada 2003
  • Dikeluarkan secara rasmi pada 2007
  • Peranti pertama Android adalah HTC Dream/T-Mobile G1
  • Mempunyai aplikasi asas daripada Google seperti Peta, Gmail, Kalendar dan YouTube

Kalau MG start YouTube dari awal dulu, agaknya macam mana la kan guys?

You may also like

Leave a Comment