Home Berita Remaja BUNUH DIRI Punca Tidak Dapat Main PUBG Mobile Di India.

Remaja BUNUH DIRI Punca Tidak Dapat Main PUBG Mobile Di India.

by ATAN x MG

Kerajaan India telah mengharamkan permainan mudah alih PUBG Mobile di India pada 3 September lepas. Pengharaman ini adalah atas faktor keselamatan negara dan sensitif. Ramai yang kecewa atas pengharaman ini.

Lebih tragik lagi, seorang remaja telah bunuh diri kerana tidak dapat bermain permainan mudah alih PUBG Mobile. Remaja tersebut berumur 21 tahun telah menggantungkan dirinya selepas kecewa tentang pengharaman tersebut.

Kejadian ini terjadi pada 4 September pada waktu pagi. Dikatakan ibu kepada remaja tersebut pulang ke rumah selepas sarapan pagi. Ibunya memanggil anaknya untuk makan pada waktu tengahari namun tidak berjawab. Pintu bilik remaja tersebut pula dikunci. Cubaan membuka pintu dibuat dengan bantuan jiran. Jelas sedih dan kecewa ibu kepada remaja tersebut apabila melihat anaknya tergantung di kipas siling.

MG ingin berpesan disini kepada semua serta diri MG sendiri. Berpada padalah terhadap semua perkara. Ingatlah orang sekeliling yang menyanyangi kita.

Sumber : Gizmochina

You may also like

Leave a Comment