Home Segmen OTAK! Compact Disc (CD), Teknologi Ditelan Zaman Namun Mempunyai Aura Yang Berbeza.

Compact Disc (CD), Teknologi Ditelan Zaman Namun Mempunyai Aura Yang Berbeza.

by ATAN x MG

Compact Disc atau singkataannya CD adalah sebuah alat yang amat terkenal dari tahun 90an hinggalah tahun millennium. CD pada awalnya hanya digunakan untuk menyimpan lagu. Ia bukanlah untuk meyimpan data seperti mana sekarang.

CD adalah satu teknologi yang berkembang daripada Vynil ataupun piring hitam. Kami tidak menjumpai info siapa sebenarnya yang mencipta CD ini kerana terlalu banyak info yang berlainan orangnya. Ada yang kata si A, ada yang kata si B ada juga yang kata si C. Tidak mengapa, mari kita lihat sejarah CD ini.

CD dihasilkan pada 1979. Sebelum dunia internet, CD adalah alat yang paling penting untuk menyimpan lagu. Menyimpan lagu maksud kami disini bukan untuk dijual, ia adalah disimpan sebagai rekod didalam studio. CD banyak digunakan di negara Jepun dan Eropah pada awalnya sehinggalah dua syarikat audio iaitu Phillips dan Sony berkerja sama untuk membawa CD ini kepada orang ramai pada tahun 1982. Mereka menghasilkan konsep CD ini dengan rekaan nipis, bulat dan berkilat. CD pada awalnya boleh menyimpan lagu selama 80 minit.

Adakah kaset tidak popular?

Kaset juga popular dan sangat laris. Namun penggunaan kaset berdasarkan kepada 2 bahagian, sisi A dan sisi B. Jika anda sudah habiskan pada sisi A, anda harus terbalikan kaset anda ke sisi B untuk mendengar pula lagu yang lain. Agak renyah disitu.

Kemunculan CD sebenarnya agak ‘membunuh’ kaset, ini kerana anda boleh ‘skip’ lagu yang anda mahu dengar tanpa perlu putarkan tape pada kaset. Pada tahun 2007, CD telah terjual sebanyak 200 billion diseluruh dunia. Kita berbicara tentang CD yang original guys, itu belum CD cetak rompak. Pada waktu kemuncak era CD ini, muncul pelbagai orang yang tidak bertanggungjawab menjual CD versi cetak rompak.

Teringat dulu kat pasar malam, CD cetak rompak siap boleh test dulu sebab takut tak jelas punya pasal. PUI!

CD telah ditelan zaman.

CD telah ditelan zaman bermulanya tahun 2008, kewujudan luas internet membuatkan ramai tidak membeli CD. Jualan CD bermula tahun 2008 jatuh 10 juta setiap tahun hinggalah sekarang. Kemudian tahun 2001, iTunes pula dilancarkan. CD semakin tenggelam. Dengan iTunes, korang boleh beli lagu dan simpan didalam komputer korang. Kemudian datang pula Spotify dan banyak lagi aplikasi lagu yang mana terus ‘membunuh’ CD ini.

CD sekarang masih dijual walaupun telah ditelan zaman. Bagi peminat muzik sejati, CD ini mempunyai aura yang berbeza kerana ia adalah simpanan fizikal. Terasa lejen apabila kumpulan yang kita minat, CD mereka penuh di almari simpanan kita. MG sendiri peminat CD dan Vynil.

Ok guys. Itu sahaja info untuk SegmenOTAK! kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi.

You may also like

Leave a Comment