Home Segmen OTAK! SegmenOTAK! – Siapa Pencipta USB?

SegmenOTAK! – Siapa Pencipta USB?

by ATAN x MG

USB atau nama panjangnya Universal Serial Bus. Ia adalah orang tengah atau bahasa komputernya adalah protokol yang menghubungkan komputer dengan alat yang disambung. USB ini dicipta dengan satu bentuk yang sama agar semua wayar atau kabel dapat dihubungkan dengan komputer dengan mudah. Ia popular digunakan pada era wujudnya kamera digital, MP3, iPods dan mesin pencetak.

Siapakan pencipta USB ini?

Pencipta USB ini adalah seorang yang bernama Ajay Bhatt, seorang yang berkerja dengan syarikat gergasi Intel. Beliau mencipta dan berjaya menghasilkan teknologi USB ini pada tahun 1994. Apabila wujudnya USB ini, syarikat syarikat gergasi seperti Microsoft, Compaq, LSI, Hewlett-Packard malah Apple sendiri menyokong pembinaan teknologi USB ini.

Sebelum USB, komputer dihubungkan dengan cara yang berbeza juga dengan bentuk yang berbeza. Ada yang membawa data selaju 100KB, 400KB tetapi kelajuan tersebut tidak cukup stabil. Perkara yang paling penting adalah semua perhubungan ini tidak dapat dilakukan secara serentak. Ada alat yang tidak dapat dihidupkan apabila kesemua disambungkan sekali gus.

Maka pembikinan USB ini dibuat bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Pada tahun 1995, USB pertama iaitu USB 1.0 telah membuat ‘debut’ pertamanya. Menariknya adalah ia mampu membawa peralihan data sepantas 12MB per saat. Pada waktu itu sudah cukup pantas guys. Malah sepantas kilat kalau kita bayangkan daripada 100KB yang pertama tadi. Tidak cukup dengan itu, ia dapat menghubungkan 127 alat sekali gus dalam pada satu satu masa. Maksud alat disini adalah papan kekunci, tetikus, mesin pengimbas, ‘joystick’ dan lain lain lagi pada satu komputer.

Teknologi USB ini terus dibangunkan dan terus dinaik tarafkan sehinggalah wujudnya USB 2.0 pada tahun 2000. Yang mana ia mampu membawa data dengan kelajuan 480MB per saat pada masa itu. Pada tahun ini juga, wujudnya USB-drive atau kita panggil ‘Pendrive’ dalam bahasa mudah.

Hinggalah sekarang, kita masih menggunakan teknologi USB ini dan kini USB telah mencapai pada tahap USB 3.0. Rasanya semua pernah guna teknologi USB, jadi korang ucapkan terima kasih pada beliau.

Terima kasih Ajay Bhatt. Anda seorang LEJEN!

You may also like

Leave a Comment