Home realme realme 7 Pro – Filter Kamera Menarik Yang Korang Kena Cuba.

realme 7 Pro – Filter Kamera Menarik Yang Korang Kena Cuba.

by ATAN x MG

Untuk pengetahuan korang, minggu lepas kami ada up satu video berkenaan kamera realme 7 dan realme 7 Pro. Dalam video tersebut kami tak sempat cover point menarik yang ada pada kamera realme 7 Pro ini iaitu “Night filter”.

Untuk menambahkan pengalaman yang best pada kamera realme 7 Pro ni, realme dah built-in siap untuk kita 3 filter yang paling top, yang paling hangat, yang paling best diantara yang lain-lain, iaitu Cyberpunk, Flamingo, dan Modern Gold. Jom layan 3 sample gambar yang guna filter-filter yang best ni menggunakan realme 7 Pro.

Filter : Cyberpunk
Filter : Flamingo
Filter : Modern Gold

Jujurnya, kami di MG paling suka dengan filter Modern Gold ni. Gabungan warna hitam dengan emas mencairkan hati kami. Tambah pulak dengan kontra warna putih yang buatkan gambar lebih menyerlah menusuk jiwa dan kalbu.

Selain dari memberikan hasil gambar yang menarik, wujudnya filter ni secara tidak langsung akan menjimatkan masa kita. Dah tak payah nak pening-pening edit gambar guys! Dengan satu klik, gambar idaman korang terpampang di skrin!

Tapi kalau korang rasa ini tak cukup menarik, kamera realme 7 Pro ni jugak ada AI Color Potrait Video guys! Mode ni akan automatik kekalkan objek potrait dalam keadaan berwarna, manakala background korang akan ditukarkan warna menjadi kelabu. Kurang paham? Jom layan video ni.

Nice kan? Apa? Tak cukup lagi? OK FINE !

Korang suka tangkap gambar langit? Korang suka tangkap gambar bintang berkelipan nun jauh disana? Tapi korang frust sebab selalu tak dapat finish image bintang yang berkualiti? Jangan risau guys, realme 7 Pro hadir untuk bantu korang. Jom layan tutorial untuk Starry Mode pulak.

Tutorial Starry Mode

Amacam guys? Terpesona? Mesti korang terkebil-kebil kan? Selain dari semata-mata memfokuskan kualiti gambar, features sebegini perlu ada guys pada smartphone korang. Macam kami ceritakan tadi, selain dapat menjimatkan masa korang, pengalaman sebegini wajib korang cuba untuk ubah corak style fotografi korang. Kalau hasil-hasil macam tadi korang upload dalam sosial media, soalan pertama yang akan keluar bawah komen korang, “eh fon apa ni eh? cantiknya.”

So pada korang yang nak dapatkan realme 7 Pro ini, korang boleh terus walk-in ke butik jualan rasmi realme yang terdekat atau korang boleh beli dari atas talian di laman rasmi Shopee realme Malaysia. Anda boleh klik di bawah ini guys

Laman rasmi Shopee realme Malaysia

Laman rasmi YouTube realme Malaysia

Oh ya guys sebelum terlupa, kalau korang suka dengan video tutorial kat atas, korang boleh subscribe channel realme Malaysia di Youtube sebab diorang akan muncul tak lama lagi dengan realme Academy, siri video tutorial pendek khas untuk peminat fotografi dan video. At least, korang tak terpinga-pinga nanti bila dah beli smartphone baru realme. Bagi kami ini merupakan inisiatif yang bagus dari realme secara tidak langsung dapat menjaga komuniti realme agar tidak tersisih.

Sebelum terlupa lagi sekali, baru-baru ni realme Malaysia turut mengeluarkan realme Smart Scale dan ianya adalah pelancaran luar negara pertama tau. Huish laju betul realme buat produk lain kali ni. Tapi kami di MG tak terkejut sangat pun sebab realme memang selalu laju.

Nantikan unboxing dan review dari MG pasal dua produk penjagaan diri realme. Dare to Leap

Laman rasmi Facebook realme Malaysia.

You may also like

Leave a Comment