Home Android realme narzo 20 Pro Berkelajuan Skrin Kadar Segar 90Hz.

realme narzo 20 Pro Berkelajuan Skrin Kadar Segar 90Hz.

by ATAN x MG

Seperti mana yang kita tahu, realme narzo 20 Pro akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia. Rekaan yang premium dan lain dari rekaan peranti realme yang lain, membuatkan realme narzo 20 Pro ini kelihatan mewah seperti peranti Flagship. Kami telah ceritakan tentang spesifikasi dan bateri peranti ini. Kali ini mari kita lihat skrin pada peranti realme narzo 20 Pro ini.

Skrin realme narzo 20 Pro dengan kadar segar 90Hz.

Sudah menjadi penanda aras yang boleh dikatakan WAJIB ada pada peranti tahun 2020 ini adalah sokongan skrin kadar segar 90Hz. Ya guys. realme narzo 20 Pro menyokong fungsi ini dan ianya sangat baik dan lancar apabila kali pertama kami mencubanya. Dengan skrin size sebesar 6.5″, sudah pastinya pengalaman menggunakannya sangat puas. Skrin peranti ini hadir dengan resolusi FHD+ iaitu 2400×1080. Size skrin juga adalah besar diatas badan peranti dengan nisbah 90.5%.

Antara ujian yang kami lakukan pada skrin ini adalah menggunakannya dibawah cahaya matahari. Hasil daripada ujian ini, kami mendapati skrin ini mampu menggalas tugas dengan sebaiknya apabila skrin dilihat cerah dan jelas.

Fungsi lain pada skrin realme narzo 20 Pro.

Sesetengah pengguna, mereka amat mementingkan kesan animasi pada peranti yang digunakan. Untuk realme narzo 20 Pro ini, kesan animasi cahaya dapat dilihat disekeliling kamera hadapan (punch-hole light effect). Agak ‘style’ kerana tidak semua jenama peranti mementingkan estetik yang kecil seperti ini. Seperti perantir realme yang lain, realme narzo 20 Pro ini juga dilengkapi dengan perlindungan mata. Skrin ini akan mengubah warna skrin mengikut kesuaian secara pintar. Selain itu cahaya biru juga akan dikurangkan bagi mengurangkan mata anda sakit ketika melihat peranti.

Tidak cukup dengan itu, terdapat beberapa mod warna yang anda boleh pilih mengikut citarasa anda. Terdapat mod seperti mod Vivid dan juga mod Lembut (Gentle). Mod Vivid akan membuatkan warna lebih ‘pop’ dan terang lagi jitu. Didalam mod ini, anda akan melihat warna lebih pekat dan cerita. Berbeza dengan mod Lembut tadi, ia membuatkan warna lebih ‘flat’ dan natural. Satu lagi fungsi adalah dinamakan sebagai OSIE. OSIE ini adalah fungsi yang membuatkan kandungan pada skrin kelihatan sangat terang dan jelas. Ia akan membuatkan kualiti video lebih tajam, warna lebih terang dan membuatkan keseluruhan video tersebut kelihatan luar biasa. Nicely done realme!

Laman rasmi Facebook realme Malaysia

You may also like

Leave a Comment