Home Huawei REVIEW | Nipis & Pantas. Huawei Matebook 14.

REVIEW | Nipis & Pantas. Huawei Matebook 14.

by ATAN x MG

Kami berpeluang menggunakan Huawei Matebook 14 sebagai komputer riba utama untuk membuat kerja-kerja harian. Antara kerja yang kami lakukan adalah seperti membuat artkiel, menyunting gambar dan video dan menonton video. Ini adalah review kami mengenai komputer riba Huawei Matebook 14.

Huawei Matebook 14.

Huawei Matebook 14 didatangkan dengan spesifikasi AMD Ryzen 4 4600H dan juga AMD Ryzen 7 4800H. Komputer riba ini mampu menggalas tugas dengan baik semasa kami menggunakannya. Tidak perlahan, tidak panas malah sejuk daripada komputer riba yang lain. Berkemungkinan binaan yang digunakan adalah aluminium yang berkualiti. Untuk skrin, ia didatangkan dengan size 14″. Bagi kami size ini sudah cukup ‘nice’ dan selesa. Dari segi penggunaan melihat kepada skrin, mata kami tidak sakit walaupun menggunakan dalam waktu yang lama. Skrin ini mendapat pengesahan daripada TÜV Rheinland jadi cahaya yang dilihat selamat untuk mata.

Warna pada skrin sangat terang dan jelas. Cuma pada hemat kami, skrin ini akan membias atau memantul kembali cahaya atau banyangan anda pada skrin. Jika anda berada ditempat yang cerah, memang akan rasa ‘annoying’ sedikit.

Perkara yang paling penting adalah kemampuan komputer riba ini. AMD Ryzen sememangnya sangat pantas. Semasa menyunting gambar, kami boleh lakukan suntingan tanpa sebarang masalah. Membuka dan menutup aplikasi juga lancar. Membuka file yang berat juga tiada masalah. Untuk suntingan video, ‘redering time’ mengambil sedikit masa untuk video dengan kesan animasi yang banyak. Tetapi itu sebenarnya perkara biasa cuma kami rasa perlu beritahu anda. Yelah. Nanti kata semua lancar, masa ‘render’ video terasa perlahan pulak. Papan kekunci pula agak selesa di tangan. Saya pula jenis sudah hafal dimana huruf papan kekunci, apabila menaip saya merasakan tiada gangguan atau tidak selesa.

Huawei Matebook 14 ini juga mempunyai ciri dan fungsi yang lain daripada yang lain. Antaranya adalah anda boleh terus berkongsi data dengan peranti Huawei juga. Anda hanya perlu sentuh dibahagian papan tetikus. Peranti anda anda dihubungkan secara automatik menggunakan NFC. Untuk fungsi keselamatan, komputer riba ini mempunyai pengimbas cap jari dikawasan butang ‘on/off’.

Untuk audio, bunyi yanh dihasilkan biasa biasa sahaja. Tidak terlalu ‘flat’ dan tidak terlalu ‘deep’. Senang kata bunyi yang dihasilkan ‘just nice’. Dari segi kekuatan bunyi, agak kuat jika ada buka pada kadar maksimum. Kalau buka di tempat luar pon boleh dengar dengan jelas. Jika anda seorang yang bermain permainan video, adakah ia untuk anda? Jawapan kami tidak. Komputer riba ini lebih sesuai sekiranya ada seorang yang berkerjaya, yang menggunakan untuk urusan kerja rasmi, sedikit editing dan menonton video atau melayari media sosial. Untuk permainan video, grafik pada kami tidak cukup padu dan komputer riba ini agak panas.

Secara keseluruhan, komputer riba ini berbaloi untuk dimiliki. Dengan cip AMD Ryzen dipadankan pula dengan GPU dari Radeon, menjadikan Huawei Matebook 14 ini lancar dan pantas.

You may also like

Leave a Comment