Home Beli? Pecah Rekod di Shopee – realme Smart Scale Kini Dengan Harga Diskaun!

Pecah Rekod di Shopee – realme Smart Scale Kini Dengan Harga Diskaun!

by ATAN x MG

Semua sedia maklum, realme baru berjinak saja dengan barangan kesihatan seperti penimbang berat dan berus gigi pada tahun 2020 ni. Yang mengagumkan, realme baru-baru ini telah pecahkan rekod jualan di Shopee dengan berjaya menjual 1,000 unit penimbang berat hanya dalam masa 24 jam saja ! WOW ! Ini membuktikan rakyat Malaysia semakin menerima realme sebagai satu jenama besar di Malaysia geng !

Pencapaian yang mengagumkan untuk tahun 2020

Sale tersebut berlangsung di aplikasi Shopee pada 10 Oct yang lepas sempena sale 10.10. Kami di MG juga tak lepaskan peluang untuk mencuba penimbang berat dari realme ni dan sehingga hari ni, Atan, editor kami makin ketagih pantau kesihatan dia menggunakan penimbang berat ni.

Selain dari mempunyai fungsi menarik boleh merekod data kita dengan tepat, kualiti binaan penimbang berat ni jugak boleh tahan kukuhnya. Lapisan atas berasaskan kaca yang tebal, LED penunjuk bacaan yang terang, dan lapik getah yang berkualiti untuk memastikan penimbang ini dapat menampung berat dan mengekalkan stability bila kita naik atas penimbang ni.

Antara pengukuran kesihatan yang korang boleh lakukan adalah

  • Berat Badan
  • Kadar Lemak
  • Bentuk Badan
  • Berat Tulang
  • Umur Badan
  • Kadar Mentabolik Basal
  • Kadar Kelembapan
  • Berat Badan Tanpa Lemak
  • Berat Otot
  • BMI
  • Kadar Lemak Viseral
  • Otot Rangka
  • Protein
  • Berat Lemak
  • Kandungan Air Dalam Badan
  • Kadar Degupan Jantung

Berita baik lagi, korang boleh dapatkan realme smart scale ni di butik jualan rasmi realme yang berdekatan dan juga di pengedar rasmi realme Malaysia iaitu Sunway Pyramid, The Mines, Sutera Mall, IOI City dan DirectD (PJ Federal) mulai 7 dan 8 Nov 2020 dengan harga diskaun sempena Flash Sale yang bakal realme anjurkan. dari harga RM 149, hanya tinggal RM 99 guys ! Tapi korang kena cepat guys, sebab sale ni hanya valid untuk 2 hari ni saja!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh follow FB page realme Malaysia dan jangan lepaskan peluang ini guys !

You may also like

Leave a Comment