Home Berita Pengeluaran Mi 10 Pro 5G Dihentikan. Antara Peranti Yang Mempunyai Sistem Audio Yang Sangat Padu.

Pengeluaran Mi 10 Pro 5G Dihentikan. Antara Peranti Yang Mempunyai Sistem Audio Yang Sangat Padu.

by ATAN x MG

Xiaomi yang baru sahaja melancarkan peranti kelas flagship mereka iaitu Xiami Mi 10 Pro 5G akan dihentikan pengeluaranya. Untuk makluman anda, peranti ini baru sahaja 8 bulan berada di pasaran global. Kami sendiri tidak menemui jawapan yang kuat tentang perkara ini.

Mi 10 Pro 5G adalah salah satu peranti yang mempunyai sistem audio yang sangat padu. Ia adalah sistem audio jenis stereo yang pada kami mengeluarkan kualiti yang sangat mengangumkan bagi sebuah peranti pintar. Anda boleh rasa setiap ‘detail’ bunyi seperti bass, treble dan juga bunyi instrumen yang dimainkan. Memang sangat lunak untuk didengari.

Pelbagai soalan timbul apabila peranti ini dihentikan pengeluaranya. Adakah kerana Xiaomi mementingkan penghasilan siri Mi 10T? Atau Xiaomi menfokuskan penghasilan siri Mi 11 yang akan datang? Hmm..

Sumber : Gizmochina

You may also like

Leave a Comment