Home OnePlus OnePlus 8T – Gabungan ‘Jasad’ & ‘Roh’ Yang Mantap Bersama ‘Touch Responsive’ Yang Amat Cemerlang.

OnePlus 8T – Gabungan ‘Jasad’ & ‘Roh’ Yang Mantap Bersama ‘Touch Responsive’ Yang Amat Cemerlang.

by ATAN x MG

OnePlus 8T telah dilancarkan sebulan yang lalu. Ia adalah kesinambungan daripada peranti siri OnePlus 8 yang mana ia menggunakan cip pemprosessan Snapdragon 865 5G. Apa yang menarik pada OnePlus 8T ini adalah keupayaan skrin dengan kadar segar 120Hz dan pengecasan pantas 65W. Korang bayang skrin punya tatalan tu memang selembut-lembut alam ditambah pula pengecasan sepantas-pantas alam. Adakah ini salah satu peranti pintar yang sempurna?

OnePlus 8T.

Peranti pintar OnePlus 8T ini dilengkapi dengan spesifikasi Snapdragon 865. Biasanya kita akan lihat versi ‘T” akan dilengkapi dengan cip Snapdragon versi ‘+’. Tapi ia tidak pada OnePlus 8T kali ini. Namun bergitu, cip Snapdragon 865 sudah cukup pantas untuk membuka segala aplikasi yang ada pada Google Play Store setakat ini. Dipadankan dengan RAM sebesar 8GB atau 12GB, sudah pasti kelancaran dirasai dan tiada ‘lagging’ akan terjadi. Untuk storan dalaman, OnePlus 8T hadir dengan storan 128GB dan 256GB yang menggunakan storan jenis UFS 3.1. Memang berdesup guys. Untuk skrin, ia hadir dengan skrin sebesar 6.55″ Fluid AMOLED dengan resolusi 2K. Apa yang menarik adalah skrin ini menyokong kadar segar 120Hz yang mana ia sangat pantas dan tuntas. Cuba korang bayangkan, storan dalaman jenis UFS 3.1 digabungkan dengan skrin kadar segar 120Hz. Guys! Ini satu gabungan yang memang meletup habis. Semasa kami menggunakan peranti ini, jelas terasa kepantasan peranti ini. Tatal saja skrin. Fuh! Lembut bak sutera. Kepada peminat media sosial mahupun peminat permainan mudah alih, peranti ini sangat sesuai dengan korang semua.

Kita semua tahu, OnePlus popular dengan sistem operasi OxygenOS mereka. Ia bukanlah sekadar popular malah ia sememangnya sistem operasi yang terbaik ada pada Android. Namun ramai penggemar peranti ini merungut akan kemaskini yang diberikan kepada OxygenOS 11 yang mirip kepada Samsung One UI. Jujur kami katakan, ia mungkin seakan-akan sama tetapi sebenarnya OxygenOS 11 ini menjadi semakin mesra pengguna. OnePlus mengatakan kemaskini ini memberikan pengalaman yang lebih baik untuk pengguna yang menggunakan peranti dengan satu tangan dan kami merasai pengalaman itu. Ternyata dengan size skrin yang agak besar, sedikit sebanyak menyenangkan kami untuk menatal dan menyentuh skrin. Oxygen OS 11 ini juga memberikan sistem AOD yang baru dan menarik. Ia lebih dinamik dan kelihatan lebih moden.

Untuk rekaan, kali pertama OnePlus memecah tradisi apabila membuat rekaan yang lain daripada generasi sebelum ini. Jika kita lihat, modul kamera diletakkan disebalah kanan atas. Sebelum ini semua modul kamera diletakkan pada bahagian tengah peranti. Kali pertama melihat peranti ini kelihatan agak janggal sebenarnya. Tetapi apabila kami menggunakan peranti ini, ia kelihatan premium dan lebih versetile. Ia lebih kepada mempunyai identiti tersendiri untuk peranti OnePlus 8T pada kali ini.

OnePlus 8T didatangkan dengan empat kamera dibahagian belakang dan satu kamera dibahagian hadapan. Lensa utama hadir dengan 48MP PDAF dan sokongan OIS, lensa kedua pula adalah 16MP sudut ultra lebar, lensa 5MP untuk makro dan 2MP untuk lensa kedalaman. Kamera hadapan pula adalah 16MP dengan sokongan giro-EIS.

Kesimpulan yang kami boleh berikan disini adalah peranti OnePlus 8T ini berbaloi untuk dimiliki. Dengan spesifikasi yang ditawarkan, kamera yang baik dan skrin yang sangat responsif, peranti ini sesuai untuk semua jenis pengguna. Kapasiti bateri juga besar dengan sokongan pengecasan 65W yang sangat pantas. Mari tonton ulasan MG tentang peranti ini guys.

Untuk maklumat lanjut dan info tentang peranti OnePlus yang lain anda boleh layari laman rasmi Facebook OnePlus dan juga Instagram OnePlus.

Laman rasmi Facebook OnePlus Malaysia.

Laman rasmi Instagram OnePlus Malaysia.

You may also like

Leave a Comment