Home Android realme narzo 20 Pro – Berbaloi Pada Yang Bajet Ketat !

realme narzo 20 Pro – Berbaloi Pada Yang Bajet Ketat !

by ATAN x MG

Seperti yang korang sedia maklum, kehadiran siri realme yang baru iaitu siri narzo telah membuka mata peminat smartphone di Malaysia. Mana tidaknya, dengan nama siri yang pelik dan unik, ramai yang tidak menyangka kehadiran peranti ini ke Malaysia.

realme narzo 20 Pro ini hadir dengan design panel belakang yang baru, jesteru membezakan dengan siri-siri model realme yang lepas. Pantulan cahaya dengan logo anak panah ke bawah yang berkilat, pastinya menjadi kegilaan anak muda pada masa kini.

Spesifikasi ringkas realme narzo 20 Pro

Selain dari design yang lawa bak bidadari yang turun dari langit di ufuk timur, spesifikasi realme narzo 20 Pro ini tidak kurang menariknya. realme menawarkan 65Watt SuperDart Charge yang mampu mengecas peranti dari 0 ~ 100% tidak sampai sejam geng ! Kalau kita buat kajian sikit, tawaran seperti ini korang hanya akan dapat pada peranti level flagship geng!

Tak sudah dengan itu, realme narzo 20 Pro ini juga hadir dengan skrin berkadar segar semula 90Hz yang pastinya lebih baik dari 60Hz, Gaming Processor Mediatek Helio G95 yang boleh tapau midrange game tahun 2020 ni, dan bateri sebesar 4,500mAh.

Video Gaming Test realme narzo 20 Pro

Untuk pengetahuan korang, kami dah cuba keupayaan bateri dan performance peranti ini. Kami dah dera peranti ini dengan bermain Mobile Legends terus menerus dengan setting maksimum. realme narzo 20 Pro ini berjaya catat masa 5jam 03minit yang mana ini adalah catatan masa yang sangat bagus. Kalau dah main game terus menerus pun boleh dapat SOT 5 jam, setakat media sosial, Netflix, Youtube, tak mustahil bateri peranti ini dapat bertahan sehingga 6-7jam SOT non stop. Itu kalau untuk heavy user la, kalau untuk light user, jangan risau beb. Takat sehari tu gigit kuku je.

Untuk kamera pula, realme narzo 20 Pro menawarkan satu kamera selfie 16MP dan empat kamera belakang. 48 MP, f/1.8 dengan AI lens, 8 MP, f/2.3 untuk sudut lebar, 2 MP, f/2.4 sudut lebar, dan 2 MP, f/2.4 untuk bokeh lens. Amacam? Cukup tak empat kamera?

Dan yang last sekali guys, ini point yang sangat penting pada realme narzo 20 Pro ni. HARGA !

First Sale hanya di Lazada

Hanya RM899 geng ! Ini memang tak masuk akal ! Terlajak murah geng ! Dengan spesifikasi seperti yang dah disebutkan kat atas tadi, logik ke harga ni? Serius tak logik ! Tapi dengan syarat, korang kena tapau terus waktu sales tu geng sebab sales ni hanya valid untuk sehari guys !

Pada yang ketat bajetnya, jangan risau guys, bukan realme narzo 20 Pro saja yang ada sales, realme narzo 20 pun ada sales, so senyum sikit geng !

First sale hanya di Lazada

Kami di MG dapat merasakan yang realme bakal cipta rekod lagi di sales Lazada ni. Dengan spesifikasi yang menggoda, dan harga yang tidak masuk akal, takda sebab korang tak beli ! So apa langkah seterusnya? Mari MG ajar. Masuk Lazada sekarang, ADD TO CART la guys !

realme Malaysia juga ada buat jualan besar-besaran di Lazada & Shopee. Bolehla jenguk-jenguk sebab memang banyak betul produk mantul-mantul dorang on sale pada 11.11 ni, dari smartphone ke produk AIoT ke accessories. Jumpa 11.11 nanti !

realme Official Store Lazada

realme Official Store Shopee

#NarzoPower #realmelive #realmeMalaysia

You may also like

Leave a Comment