Home Android realme C15 – Peranti Kelas Permulaan Dengan Bateri Berkapasiti 6000mAh Dan Pengecasan 18W.

realme C15 – Peranti Kelas Permulaan Dengan Bateri Berkapasiti 6000mAh Dan Pengecasan 18W.

by ATAN x MG

Minggu ini kita disiarkan mengenai kejayaan realme yang menjadi antara jenama terpantas mencapai jualan 50 juta peranti pada suku ketiga tahun 2020 ini. Kejayaan ini pastinya dikecapi dengan indah sekali dikalangan ahli realme. Yelah guys, jenama realme ini boleh kata agak baru namun mereka membuktikan dengan adanya usaha kejayaan pasti tiba. Fuh! Kini hadir lagi sebuah peranti daripada realme iaitu realme C15. Sebuah peranti kelas permulaan dengan bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

realme C15 – Peranti Kelas Permulaan Dengan Bateri Berkapasiti 6000mAh Dengan Pengecasan 18W.

realme C15, sebuah peranti terbaru daripada realme. Apa yang menarik pada peranti ini adalah ia dilengkapi dengan bateri yang sangat besar. Sudah pastinya pengguna yang ekstrem akan tertarik pada peranti ini. Bateri pada realme C15 ini berkapasiti sebesar 6000mAh. Mengikut makmal ujian realme, peranti ini mampu bertahan selama 48 hari dalam mod berjaga (standby mode). 48 hari guys! Itu dah sebulan lebih! Cuba korang bayangkan korang pergi kem ke, masuk hutan ke. realme C15 ini pastinya menjadi penyelamat yang sangat membantu sekiranya apa-apa kecemasan terjadi. Tidak cukup dengan itu guys, anda boleh mengecas peranti yang lain menggunakan OTG pengecasan terbalik (reverse charging).

Dengan bateri sebesar 6000mAh ini, realme C15 didatangkan dengan pengecasan pantas 18W. Dengan pengecasan selama 30 minit, ia mempu mengecas bateri sebanyak 25%.

Battery Life Optimization & Super Power Saving Mode.

Untuk bateri, terdapat dua ciri menarik pada peranti ini antaranya adalah Battery Life Optimization dan juga Super Power Saving Mode.

Di dalam mod Battery Life Optimization, segala aplikasi yang jarang dan tidak digunakan akan dibeku secara pintar oleh fungsi ini. Ia juga akan mengurangkan kesan animasi pada skrin tanpa anda sedar bagi memanjangkan hayat bateri ke paras maksimum. Terdapat juga mod Sleep Standby Optimization iaitu mod yang anda boleh hidupkan sebelum anda tidur. Ia akan mengurangkan kecerahan skrin dan memendekkan masa skrin anda.

Untuk Super Power Saving Mode, ia akan hanya membuka 6 aplikasi utama yang kerap anda gunakan. Aplikasi yang lain akan dimatikan bagi menfokuskan jangka hayat bateri dengan lebih lama. Di makmal realme, mereka melakukan ujian iaitu dengan bateri hanya 5%, membolehkan anda menggunakan Whatsapp atau Youtube selama 2 jam!. Itu dengan 5% guys. Jika anda berada disaat kecemasan yang memerlukan bateri, 5% kapasiti bateri tadi membolehkan anda bercakap telefon selama 2.48 jam yang mana kami percaya sudah mencukupi disaat genting itu.

Gaming / Battery Test

Kami di MG akan mencuba sendiri keupayaan bateri C15 ni. Kami akan lenjan macam biasa dengan online game, dan kita akan tengok macam mana prestasi bateri dan suhu yang dicatat. Pastikan korang tak terlepas video tu guys!

realme C15 bakal dilancarkan pada 24 Nov 2020 pada jam 12pm di Facebook rasmi realme. Jumpa disana geng !!! Dare To Leap

Laman rasmi Facebook realme Malaysia.

You may also like

Leave a Comment