Home Berita Kemas Kini Google Maps Memberitahu Anda Jika Berada Di Dalam Kawasan Covid-19.

Kemas Kini Google Maps Memberitahu Anda Jika Berada Di Dalam Kawasan Covid-19.

by ATAN x MG

Sejak pandemik Covid-19 berlaku, bermacam-macam inovasi baru wujud yang memberi impak positif kepada pengguna. Ada juga yang mengambil peluang untuk merompak secara maya dengan melakukan aplikasi penipuan terhadap pandemik ini. Menarik untuk kali ini adalah Google telah mengemas kini aplikasi Google Maps mereka ke arah yang lebih baik iaitu ia dapat memberitahu anda sekiranya anda memandu didalam kawasan yang mempunyai virus Covid-19.

Kemas Kini Google Maps Memberitahu Anda Jika Berada Di Dalam Kawasan Covid-19.

Untuk kemas kini yang terbaru ini, Google akan memberi notifikasi kepada pengguna akan laluan yang dilalui itu mempunyai virus Covid-19 atau tidak. Aplikasi ini juga dikemas kini kepada penghantar makanan (food delivery) yang mana mereka boleh mengelak dengan melalui jalan yang lain jika ada.

Untuk makluman, pemberitahuan tentang kawasan Covid-19 didalam Google Maps telah pun dilancarkan pada awal September. Tetapi kemas kini kali ini lebih efisyen dan kemas. Bagi yang menggunakan aplikasi ini semasa memandu, Google Assistant akan membantu anda dengan memberitahu secara mesej audio (voice message) tentang jalan yang anda sedang lalui. Secara tidak lansung, anda akan fokus kepada pemanduan anda.

You may also like

1 comment

Ba'om Sik November 18, 2020 - 12:52 pm

Mantap dari waze

Reply

Leave a Comment