Home Huawei Antara Yang Terhebat, Huawei FreeBuds Pro Mengubah Citarasa Telinga Anda.

Antara Yang Terhebat, Huawei FreeBuds Pro Mengubah Citarasa Telinga Anda.

by ATAN x MG

Huawei FreeBuds Pro adalah sebuah TWS premium dan mewah. Daripada binaan hinggalah ke kualiti bunyi, segalanya terasa mahal dan premium. Jika kita lihat pada semua ulasan dan riview yang dibuat, boleh katakan semua memberi input yang positif. Sengaja kami lambat ulasan ini sebab kami ingin menggunakan Huawei FreeBuds Pro ini dengan lebih lama. Memang best guys!

Huwei FreeBuds Pro.

Huawei FreeBuds Pro mempunyai kualiti binaan yang sangat minimalis. Jika anda memegang TWS ini, jelas terasa berat objek ini. Rekaannya bujur dan licin. Tidak mempunyai sebarang tekstur. Cuma jika anda jenis tangan yang berminyak dan basah, ia terasa licin bila anda memegang. Tetapi jika sudah biasa, terasa mudah dan senang selepas itu. Dari segi rekaan luaran, FreeBuds Pro ini kelihatan moden dan kompak. Terdapat sensor pada kedua-dua bahagian.

Sensor ini adalah untuk membuatkan kandungan yang anda senang dengar atau tonton ke mod ‘pause’ apabila anda mengeluarkan FreeBuds Pro daripada telinga anda. Tetapi untuk artikel kali ini, kami tidak mahu menceritakan perkara yang anda sudah tahu. Kami ingin menkongsikan pengalaman bunyi FreeBuds Pro ini yang ternyata ia Mengubah Citarasa Telinga Anda.

Pengalaman kami ketika pertama kali menggunakan FreeBuds Pro ini agak skeptikal. Yelah. Ada banyak jenama jenama premium dengan harga yang premium tetapi dengan kualiti yang kurang baik. Ternyata perasaan skeptikal kami tadi salah. Bunyi yang dihasilkan sangat premium dan mantap. Trebele dan bass sangat seimbang. Tiada isu bass terlebih atau telinga bingit disebabkan suara terlalu kuat. Tiada. Kiranya jika anda pakai dan membuka lagu, secara automatiknya anda akan menghayunkan kepala anda secara perlahan sambil menutup mata. Itu bermakna anda sedang melayan pengalaman audio yang sangat ’emersive’.

Jika kita teliti kualiti bass, ia tidaklah terlalu dalam dan tidaklah terlalu rata. Senang kata ia sedap-sedap ditelinga anda. Digabungkan dengan treble yang sangat cun. Fuh. Sedap. Kualiti audio yang kami katakan mantap ini adalah anda boleh mendengar segala bunyi instrumen yang dimainkan. Tidak kiralah bunyi gitar, drum, bass, piano dan lain lain lagi. Akan ada orang yang jenis suka menfokuskan kepada bunyi instrumen seperti gitar dan bass. Jika anda seperti ini, ya guys. Anda mampu mendengar dengan jelas instrumen tersebut.

FreeBuds Pro juga dilengkapi dengan ANC yang mana ia mampu membuatkan anda mendengar kawasan sekeliling dengan kadar audio yang rendah. Bagi yang tidak faham. Bayangkan korang kerja didalam pejabat, korang pakai FreeBuds Pro ini. Bos korang panggil tapi korang masih boleh dengar suara bos korang tu. Kalau jenis biasa, mungkin kepala korang dah kena ketuk dah sebab korang tak sahut. ANC ini juga sangat baik yang mana kami menguji dengan menjerit dan mengetuk meja disebelah orang yang memakainya. Ternyata bunyi masih boleh didengari tetapi dengan kelantangan yang rendah.

Untuk bermain permainan mudah alih pula, latensy juga dilihat rendah. Terdapat juga delay tetapi sangat sangat sedikit. Bahasa mudahnya adalah FreeBuds Pro ini boleh anda gunakan untuk bermain permainan mudah alih. Ia bukanlah delay yang membutkan kita mengamuk atau marah kalau tak dapat chicken dinner. Untuk menonton cerita atau drama pula, kami menggunakan platfrom Netflix untuk menguji FreeBuds Pro ini. Pengalaman mendengar audio dari cerita seperti triologi Lord Of The Rinds, triologi The Dark Knights dan triologi The Matrix amatlah memberi pengalaman yang mengasikkan. Mengapa kami memilih cerita sebegini? Ia adalah cerita ini mempunyai lagu/audio yang sangat luas dan memerlukan fokus. Ternyata sekali lagi, FreeBuds Pro mampu memberikan pengalaman sebaik itu.

Jika anda adalah seorang audiophile, ya. Ini adalah untuk anda yang mana ia memberikan pakej yang lengkap terhadap kualiti audio yang diperlukan oleh telinga seperti anda. Jika anda jenis biasa-biasa sahaja, mungkin anda boleh cari yang lebih bajet kerana FreeBuds Pro ini bukanlah harga yang mampu milik. Ia adalah harga yang agak kanyangan dengan fungsi yang menawan.

You may also like

Leave a Comment