Home Beli? OnePlus Akan Melancarkan Mystery Box Sempena OnePlus 12.12 Ini. Anda Berpeluang Memenangi OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077!

OnePlus Akan Melancarkan Mystery Box Sempena OnePlus 12.12 Ini. Anda Berpeluang Memenangi OnePlus 8T Edisi Cyberpunk 2077!

by ATAN x MG

Mystery Box bukan lagi benda baru bagi jenama OnePlus. Sebelum ini mereka telah melancarkan pada pelancaran OnPlus Nord yang mana terdapat beberapa hadiah dan hadiah paling utama adalah peranti pintar OnePlus Nord itu sendiri. Dan yang terbaru, mereka akan memberi anda peluang memenangi OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077!

Apa perlu anda buat?

Apa perlu anda buat? Nak kena menggelabah? Nak kena menjerit sampai Carl Pei dengar ke? Tidak guys dan please jangan jerit. Tak pasal pasal masuk lokap kena report dengan jiran sebelah. Jadi apa perlu anda buat adalah

ANDA PERLU BERSEDIA UNTUK MEMBELI MYSTERY BOX PADA 12.12 INI DI PLATFORM LAZADA.

Kami sarankan anda isikan siap-siap duit dalam wallet dalam platform Lazada iaitu harga bagi sebuah mystery box adalah RM49.00. Kedua kami sarankan anda bersedia seawal 11.45 malam bagi bersedia menekan butang beli pada pukul 12.00 pagi pada tarikh 12.12 hari kejadian tersebut. Pemenang bertuah adalah seramai 50 orang ya guys. Dan hanya 10 orang akan memenangi OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 ini.

Selain hadiah peranti OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 ada apa lagi?
Mystery BoxJumlah pemenang
OnePlus 8T Cyberpunk 207710 pemenang bertuah
OnePlus Buds (White)10 pemenang bertuah
OnePlus Warp Charge 65 Power Adapter10 pemenang bertuah
OnePlus Warp Charge Type-C to Type-C cable (150 cm)10 pemenang bertuah
OnePlus Type-C Bullets Earphones10 pemenang bertuah

Setiap mystery box juga disertakan vaucher tunai sebanyak RM50 untuk ditebus membeli barangan OnePlus. Baik! Jangan lupa guys. Rezeki tak kenal masa dan tempat. Mana tahu rezeki korang.

Laman rasmi Facebook OnePlus Malaysia.

You may also like

Leave a Comment