Home Beli? Huawei Mate 40 Pro – Beli Pada 12.12 & Anda Akan Dapat FREEBIES Sejumlah RM3300!

Huawei Mate 40 Pro – Beli Pada 12.12 & Anda Akan Dapat FREEBIES Sejumlah RM3300!

by ATAN x MG

Peranti terbaru daripada Huawei iaitu Huawei Mate 40 Pro akan dijual secara gilang gemilang pada 12.12 ini. Seperti mana yang kita tahu, Huawei Mate 40 Pro ini sangat hebat dengan kemampuan kameranya. Di MG, salah satu peranti yang kami rindu adalah Huawei Mate 20 Pro. Kami boleh katakan ia adalah sebuah peranti yang paling lengkap daripada rekaan, kamera, skrin dan juga kemampuan peranti tersebut.

FREEBIES Sejumlah RM3300!

Ya guys. Freebies sehingga RM3300 jika anda membeli peranti Huawei Mate 40 Pro pada 12.12 ini. Kami pun pada mulanya tidak percaya namun setelah membacanya dua kali. Ternyata ia adalah benar belaka guys. Jadi apa yang anda perlu buat untuk mendapat freebies ini?

Anda perlu membeli peranti Huawei Mate 40 Pro ini pada 12.12 ini. Freebies ini adalah TERHAD KEPADA 1000 unit sahaja. Jadi maksud dia apa guys. Maksud dia siapa cepat dia dapat guys! Jangan lambat dan jangan leka. Hadiah dia bukan calang calang. Antara freebies yang bernilai RM3300 itu adalah Huawei Sound X yang bernilai RM1299.

Harga bagi peranti Huawei Mate 40 Pro adalah RM4299 yang akan dijual pada semua butik rasmi di seluruh Malaysia. Bagi yang tidak tahu, Huawei Mate 40 Pro menggunakan cip Kirin 9000 yang menyokong talian 5G. Apa yang menarik pada peranti ini adalah kemampuan kameranya yang sangat memukau!

Laman rasmi Facebook Huawei Malaysia.

You may also like

Leave a Comment