Home Huawei Huawei Mate 40 Pro – Peranti Yang Mempunyai Kamera Tahap ‘DEWA’.

Huawei Mate 40 Pro – Peranti Yang Mempunyai Kamera Tahap ‘DEWA’.

by ATAN x MG

Tidak perlu kita ceritakan tentang spesifikasi peranti pintar Huawei Mate 40 Pro. Seperti yang ramai tahu, ia dijana dengan cip Kirin 990, RAM sebesar 8GB dengan storan dalaman 256GB. Kami berpeluang mencuba peranti paling hebat daripada Huawei ini dan kami akan ceritakan pengalaman kami tentang pengalaman kami menggunakannya. Mate 40 Pro didatangkan dengan rekaan yang sangat menarik, warna yang elegan dan binaanya yang sangat sedap dipegang.

Peranti Yang Mempunyai Kamera Tahap ‘DEWA’.

Bila berbicara tentang kamera, sesetengah pengguna akan mencadangkan jenama P, sesetengah akan mencadang jenama I dan akan ada cadangkan jenama S namun bagi kami. Peranti pintar yang mempunyai kamera terbaik adalah Huawei Mate 40 Pro. Mengapa? Anda akan tahu selepas anda lihat gambar-gambar yang kami tangkap dibawah nanti. Selain daripada kemampuan menangkap gambar, Mate 40 Pro juga cemerlang didalam rakaman video.

Kelajuan memproses gambar juga dilihat sangat pantas dan laju. ‘One click. one shot’. Tidak ada masa yang anda perlu tunggu untuk memproses gambar tersebut. Tidak kiralah samada anda guna fungsi biasa, fungsi potret malah fungsi Pro juga dilihat pantas. Gambar yang ditangkap dilihat agak natural dengan HDR yang sangat mantap. Untuk sesetegah kawasan yang terang, ada kalanya warna akan menjadi pop dan cerah. Fungsi AI juga sangat berguna. Hala saja kemana kamera anda pergi, pasti AI akan membantu anda. Contoh keadaan seperti langit, AI optimasikan ke arah ‘blursky’. Hala kamera ke arah pokok atau rumput, AI akan optimasikan mod ‘greeny’. Jika anda mahu gambar dalam bentuk High Quality, anda boleh memilih mod High Res.

Mantul. Mari kami RACUN anda untuk peranti Huawei Mate 40 Pro ini.

Lihat pada kemampuan zoom gambar yang diambil daripada Mate 40 Pro ini. Tiada lansung kualiti dikurangkan walaupun di zoom secara optikal sejauh 5X dan 10X. Lihat juga pada HDR yang pada kami memang sangat baik. Awan dilihat tajam. Bayang-bayang pula dilihat sangat natural.

Sekarang anda lihat pula pada kemampuan kamera sudut lebar dan kemampuan zoom hybrid sejauh 50X! Ia mampu menangkap gambar yang jauh dengan kualiti yang masih dianggap cantik. Semua ini ditangkap menggunakan tangan sahaja. Tiada aksesori tambahan digunakan.

Ini pula gambar yang ditangkap menggunakan mod potret.

Antara gambar lain yang diambil dengan Huawei Mate 40 Pro.

Untuk video, Huawei Mate 40 Pro mampu merekam video beresolusi FULL HD dan 4K dengan 60 FPS. Ujian yang kami lakukan untuk rakaman adalah pada waktu siang. Dan kualiti yang dihasilkan memang baik dan stabil. Stabil ini bukan sahaja untuk kamera belakang malah untuk kamera hadapan geng!

Apa yang kami boleh simpulkan adalah ini adalah peranti yang paling hebat dari segi kamera geng. Tidak dapat dinafikan dan kami tidak terkejut Mate 40 Pro ini pernah menjadi raja DXO Mark sebelum ini. Peranti ini berbaloi untuk dimiliki bagi peminat Huawei dan peminat fotografi. Bagi yang ingin mendapatkan peranti pintar ini. Pihak Huawei aada membuat promosi 12.12 pada harga yang sangat berbaloi!

Anda boleh dapatkan di semua butik rasmi Huawei diseluruh Malaysia. Anda juga boleh klik di sini untuk megetahui tentang hadiah menarik pada jualan 12.12 ini.

PROMOSI MATE40 PRO 12.12

You may also like

Leave a Comment