Home Review TP Link Deco M9 Plus – Membawa Keluasan Wifi Anda Pada Jarak Yang Mengangumkan! Wajib Beli.

TP Link Deco M9 Plus – Membawa Keluasan Wifi Anda Pada Jarak Yang Mengangumkan! Wajib Beli.

by ATAN x MG

TP Link Deco M9 Plus. Sebuah Wifi-mesh yang beroperasi seperti repeater dan juga modem-router dengan rekaan dan kekuatan kelajuan yang begitu mind-blowing! Ia juga mudah dipasang tanpa anda perlu serabut tentang wayar. Kami berpeluang merasai dan menggunakan TP Link Deco M9 Plus ini dan ini adalah review kami tentang gadget ini.

TP Link Deco M9 Plus – Membawa Keluasan Wifi Anda Pada Jarak Yang Mengangumkan!

Seperti tajuk di atas, TP Link Deco M9 Plus ini memberikan keluasan Wifi pada jarak yang mengangumkan. Memang benar belaka guys. Baik, sebelum kita mula. Kita perlu ingat dan kami yakin anda juga setuju dengan kenyataan kami ini. Kita memasang wifi-mesh, repeater atau modem router adalah untuk meluaskan lagi jarak Wifi anda dalam masa yang sama anda mahukan kelajuan internet yang pantas dan berguna.

“Kadang-kadang isyarat Wifi dapat, tapi kan speed tu perlahan sangat la MG”

Ya kami tahu ramai orang mengeluh dan mengadu masalah seperti ini di rumah mereka. Jangan risau dan jangan serabut. Di sinilah kami akan membantu menyelesaikan masalah anda. Dengan TP Link Deco M9 Plus, segala kerungsingan anda akan hilang. Kenapa? Kerana ia dapat meluaskan Wifi anda dalam pada masa yang sama, kelajuan yang anda dapat pantas dan reliable. Cara pemasangan juga mudah geng. Tak rumit dan mudah untuk anda faham. Apa yang anda perlu ada hanyalah peranti pintar, wayar LAN, soket kuasa dan semestinya Deco M9 Plus ini.

Untuk makluman, terdapat tiga benda bulat dalam kotak ini yang dipanggil sebagai NODE. Node ini adalah alat utama yang membawa Wifi anda tadi. Secara asasnya, anda akan dapat tiga Node, tiga soket kuasa dan satu wayar LAN.

Cara menghubungkan NODE dengan modem utama.

Langkah pertama anda perlu hidupkan Node yang pertama. Tak kisahlah anda nak pilih yang mana sekalipun geng. Yelah. Ada tiga kan. Hidupkan node yang pertama dengan sambungkan wayar kuasa ke soket utama. Kemudian, sambungkan wayar LAN kepada node tadi dan kepada modem utama anda. Tunggu lampu biru berkelip-kelip. Semasa menunggu lampu ini menjadi biru, anda boleh memuat-turun aplikasi TP Link yang dipanggil sebagai TP-Link Deco. Pasangkan pada peranti anda. Selepas itu, buka aplikasi tadi dan search Deco M9 Plus anda tadi di aplikasi tersebut. Ikut arahan dan masukkan info modem utama anda seperti nama SSID dan kata laluan untuk Node pertama tadi befungsi. Jika anda berjaya, Node anda tadi akan berwarna hijau lampunya. Sekarang cuba sambungkan wifi anda pada TP-Link Deco M9 Plus. Mudah geng! Pengalaman kami untuk menghubungkan Node dengan modem utama tidak lama. Yang perlu sedikit masa adalah menunggu node itu mengeluarkan lampu biru berkelip-kelip tadi.

Untuk sambungkan node yang kedua, caranya mudah. Sama seperti tadi tetapi kali ini anda tidak memerlukan sambungan wayar LAN tadi. Apa yang perlu anda buat adalah hidupkan node kedua dan anda perlu berada dekat dengan modem utama. Tunggu sehingga lampu biru berkelip-kelip. Buka aplikasi TP-Deco dan tekan butang add Node dihujung kanan skrin. Pilih Deco M9 Plus dan ikut arahan. Sama seperti tadi, lampu akan berwarna hijau jika anda berjaya. Mudah sangat. Dan sekarang, anda boleh membawa node kedua tadi dan pasangkan dimana-mana yang anda mahu di kawasan rumah anda. Begitu juga untuk memasang node yang ketiga.

Menguji kelajuan internet menggunakan Wifi daripada Deco M9 Plus.

Ini part yang paling menarik untuk kami ceritakan kepada anda. Pasti kalian tidak percaya. Kami memasang node yang pertama di studio kami. Kemudian kami berjalan menuju ke kawasan luar daripada studio lebih kurang 80-90 meter dan pasangkan node kedua. Secara teorinya. modem utama akan memberikan internet kepada node yang pertama. Node pula akan meluaskan isyarat wifi. Ditambah pula dengan node kedua, isyarat tadi akan berhubung dan akan meluaskan lagi isyarat Wifi dari modem utama. Bahasa mudahnya adalah modem utama dah ada wifi. Diluaskan lagi dengan node pertama. Sekarang diluaskan lagi dengan node yang kedua. Mantap!

Kelajuan didalam studio adalah sekitar 7MB, kami mencuba diluar dan sambungkan kepada wifi. Kelajuan yang kami dapat adalah 11MB! Walhal kami jauh pada modem utama. Ini bermaksud, node mampu membawa kelajuan yang pantas dan tuntas. Kami seakan tidak percaya dan cuba duduk dikawasan lebih jauh dari node kedua yang kami beranggaran lebih kurang 10 meter. Wifi masih lagi laju geng. Long story short , kami berjalan sehingga jauhnya 240meter! Kami ulang geng, 240 METER! Korang dulu lari pecut 100 meter pon rasa jauh kan. Ini dua kali ganda dah lebih lagi.

Hasilnya geng, wifi masih dapat! Masih dapat dan masih laju (11.9MB). Memang node ini membuat kami mind-blowing!

Jika anda masih kurang faham cerita kami, anda boleh lihat video di bawah ini. Pasti anda akan teruja! Pasti.

Tolonglah beli produk TP Link ni guys!

Ya guys! Tak rugi anda melabur sedikit duit anda untuk barang daripada TP Link ini. Jika anda mementingkan keluasan dalam masa sama inginkan kelajuan yang laju / jika rumah anda besar dan banyak dinding / jika ada seorang bos yang inginkan pekerja anda menggunakan internet / apa-apa jua masalah isyarat Wifi. TP Link Deco M9 Plus ini jawapan kepada masalah anda. Denga rekaan yang moden, mudah dipasang. Amatlah kami syorkan kepada anda.

Laman rasmi Facebook TP-Link Malaysia.

You may also like

Leave a Comment