Home Apple Apple Berkerjasama Dengan TSMC Untuk Menghasilkan Skrin Yang Canggih.

Apple Berkerjasama Dengan TSMC Untuk Menghasilkan Skrin Yang Canggih.

by ATAN x MG

Apple dan TSMC adalah dua syarikat gergasi yang besar. Apple terkenal dengan menghasilkan peranti pintar manakala TSMC terkenal menghasilkan komponen eletronik dengan kualiti yang sangat baik. Jika dua syarikat gergasi ini berkerjasama, adakah harga peranti pintar Apple akan jadi lebih murah? Adakah peranti pintar Apple akan menjadi lebih canggih? Untuk makluman korang, sekarang Apple menggunakan skrin yang dibuat daripada Samsung.

Kerjasama Dua Gergasi – Apple & TSMC.

Apple akan berkerjasama dengan syarikat daripada Taiwan iaitu Taiwan Semiconsuctor Manufacturing Co. (TSMC) untuk menghasilkan skrin yang canggih. Dikatakan skrin yang canggih ini mampu memperlihatkan teknologi Augmented Reality (AR) pada peranti mereka.

Ini kerana skrin OLED daripada TSMC mampu dibuat dengan lebih nipis, kecil dan lebih mesra tenaga berbanding skrin OLED yang lain. Selain daripada skrin, TSMC juga telah membantu Apple sebelum ini dengan menyediakan pusat pembinaan cip pemprosessan untuk komputer Mac.

Apple percaya bahawa kemampuan TSMC yang sudah lama menghasilkan komponen elektronik ini akan memberikan Apple kelebihan untuk apa yang mereka rancang untuk projek yang akan datang.

Walaubagaimanapun, perbincangan ini masih diperingkat awal lagi. Apple juga tidak terlalu agresif untuk membuat teknologi AR ini menjadi sebahagian daripada apa yang mereka hasilkan sekarang. Berkemungkinan, mungkin dua tahun lagi baru projek AR ini akan menjadi realiti.

Sumber : NikkeiAsia

You may also like

Leave a Comment