Home Android Nearby Share – Kini Membolehkan Anda Kongsikan Aplikasi Dengan Peranti Pintar Yang Lain.

Nearby Share – Kini Membolehkan Anda Kongsikan Aplikasi Dengan Peranti Pintar Yang Lain.

by ATAN x MG

Bagi yang tidak tahu apa itu Nearby Share, ia adalah sebuah aplikasi yang terdapat pada peranti Android anda yang mana fungsinya adalah boleh kongsikan data anda dengan peranti pintar yang lain. Contohnya ada ingin kongsikan gambar/video/tulisan dengan peranti lain, anda boleh hantarkan dengan Nearby Share ini. Sudah faham geng?

Nearby Share – Kini Anda Boleh Kongsikan Aplikasi Dengan Peranti Lain.

Kita boleh katakan Nearby Share ini seakan akan AirDrop pada peranti pintar Apple. Ia menghantar data secara atas talian secara terus. Ada info mengatakan bahawa dengan menggunakan Nearby Share ini, aplikasi itu akan dimuat turun dengan lebih pantas daripada kita memuat turun menggunakan aplikasi Playstore. Adakah ia benar? Kami belum sempat mencubanya setakat ini.

Bagaimana cara menggunakannya? Anda hanya perlu buka aplikasi Play Store, tekan di bahagian atas kiri (3 baris), tekan pula My Apps & Games dan pergi ke tab Share. Di situ anda akan dapat melihat butang untuk Send (menghantar) dan Receive (menerima) aplikasi yang anda mahu. Anda harus membenarkan fungsi ini dapat mengetahui lokasi anda bagi tujuan penghantaran atau penerimaan aplikasi tadi. Caranya sangat mudah bukan?

Persoalan utamanya disini adalah…

Adakah kita akan menggunakan fungsi ini sepenuhnya?

Ia adalah kerana kita selalu menggunakan Wifi dan kebanyakkannya data telco sudah banyak yang unlimited membolehkan kita memuat turun apa saja tanpa risaukan data. Mungkin aplikasi ini berfungsi untuk menghantar data seperti gambar atau video. Tetapi untuk menghantar aplikasi? Hmm… Namun ia adalah penggunaan masing-masing.

You may also like

Leave a Comment