Home Samsung Pandang Pertama Samsung A32 5G – Design menarik tanpa camera bump.

Pandang Pertama Samsung A32 5G – Design menarik tanpa camera bump.

by ATAN x MG

Pada Mac 2021 lepas, Samsung telah melancarkan barisan siri peranti pertengahan mereka iaitu Samsung Galaxy A32 4G, Samsung Galaxy A52, Samsung Galaxy A72, dan juga Samsung Galaxy A32 5G.

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan pandang pertama kami terhadap Samsung Galaxy A32 5G yang dilihat mampu bersaing di kelasnya.

Design dan pilihan warna yang elegan.

Jujurnya kami suka dengan rekaan design yang ada pada Samsung Galaxy A32 5G ini. Ia simple dan minimalis. Peranti ini terasa agak tebal ditangan dan ia bersebab. Samsung memutuskan untuk meletakkan battery yang besar berkapasiti 5,000mAh pada peranti ini. Jadi tak menghairankan jika peranti ini terasa sedikit tebal.

Dari segi rekaan, kami suka dengan keputusan Samsung untuk tidak meletakkan bonggol kamera (camera bump) pada setup kamera belakang. Ia dilihat lebih simple dan versatile. Tambahan kontra warna panel belakang dengan warna hitam lens kamera pada kami ianya menarik.

Peranti ini dijanakan dengan pemprosesan MediaTek Dimensity 720 5G, RAM sebesar 8GB, dan storan dalaman sebesar 128GB. Jika dilihat atas kertas, spesifikasi sebegini dilihat mencukupi untuk pengguna separa berat dalam melaksanakan tugasan seharian.

Untuk kamera peranti ini didatangkan dengan empat setup kamera belakang, dan satu untuk kamera hadapan.

Kamera belakang

  1. 48MP f/1.8 (kamera utama)
  2. 8MP f/2.2 (kamera sudut lebar)
  3. 5MP f/2.4 (kamera makro)
  4. 2MP f/2.4 (kamera potret)

Kamera Depan

  1. 13MP f/2.2

Dalam kotak disediakan juga pengecas 15W beserta kabel. Kami akan terus menggodek Samsung Galaxy A32 5G ini. Nantikan ulasan penuh kami akan datang. #JiG

You may also like

Leave a Comment