Home realme realme 8 5G – Peranti Kelas Pertengahan 5G Dengan Teknologi ‘Dynamic RAM Expansion’ (DRE).

realme 8 5G – Peranti Kelas Pertengahan 5G Dengan Teknologi ‘Dynamic RAM Expansion’ (DRE).

by ATAN x MG

realme nampaknya tak pernah jemu bawakan peranti mereka ke pasaran Malaysia dengan memperkenalkan peranti pertengahan baru iaitu realme 8 5G. Pada tahun ini kita lihat banyak peranti kelas pertengahan tumbuh bak cendawan didalam dunia peranti pintar. Menarik kali ini, realme 8 5G didatangkan dengan teknologi Dynamic RAM Expansion (DRE). Apa benda tu geng?

Peranti Pintar Boleh ‘Upgrade’ RAM Geng!

Spesifikasi.

realme 8 5G hadir dengan spesifikasi pemprosessan MediaTek Dimensity 700 5G. Seperti namanya, ia menyokong talian 5G untuk peranti ini. Size bagi cip MediaTek Dimensity 700 5G ini adalah 7nm yang sangat efisyen dan cekap tenaga bagi kegunaan harian. Dalam bahasa mudahnya, cip ini mampu menggalas tugas untuk memanjangkan hayat bateri dan membuka aplikasi yang berat untuk anda. Ditambah pula ia menggunakan GPU Mali-G57 dengan kelajuan 950Mhz mampu memainkan permainan mudah alih tanpa sebarang masalah.

Kami tahu ramai yang masih skeptikal terhadap cip pemprosessan MediaTek ini, namun ujian yang kami lakukan di makmal MG, ternyata bukanlah seperti yang kita fikirkan. Jika kita lihat pada ranking cip pemprosessan MediaTek, Dimensity 700 berada di tangga ke 11. Cip ini berada di bawah Dimensity 720 dan berada di atas Helio G95, iaitu sebuah cip pemprosessan yang dikhaskan untuk permainan mudah alih. Jadi kita boleh beranggapan yang Dimensity 700 ini mampu membuka aplikasi yang berat.

Kami mencuba dengan membuka aplikasi permainan mudah alih seperti PUBG Mobile, Mobile Legends Bang Bang dan juga COD Mobile. Kesemuanya boleh dimainkan tanpa sebarang masalah dengan tetapan yang disarankan. Yang layan PUBG Mobile confirm boleh ‘Chicken Dinner’!

Di awal artikel kami ada menyebut tentang teknologi Dynamic RAM Expansion ataupun singkatannya adalah DRE. What is this man? I dont know la MG. I never heard about this before? Well geng. I am here to explain about it. Tenang. Secara bahasa mudahnya, dengan realme 8 5G ini, anda boleh menaik taraf RAM anda dari 8GB ke 13GB! Serius la MG?! Serius geng. Anda boleh menaik taraf RAM anda secara virtual pada peranti ini. Teknologi DRE ini akan mengambil RAM virtual daripada storan dalaman (ROM) untuk membantu peranti anda lebih pantas daripada biasa. Virtual RAM ini boleh digunakan secara maksima pada 5GB RAM virtual, bermaksud untuk peranti yang mempunyai 8GB RAM akan menjadi 13GB.

Kemampuan cip Dimensity 700 5G ini tidak berhenti disitu sahaja. Ia mampu untuk mendengar arahan suara dan melancarkan arahan tersebut kepada aplikasi seperti Google Assistant, Amazon, Baidu, Tencent, Ali Baba dan lain-lain lagi.

Menarik lagi, realme 8 5G ini menyokong kadar segar 90Hz pada skrin peranti. Jadi ia akan membuatkan pengalaman bermain permainan mudah alih tadi labih mengasyikkan! Sebab tu MG cakap tadi, ‘Auto Chicken!’. Dengan kadar segar 90Hz ini juga, tatalan untuk melayari media sosial lebih seronok. Segalanya terasa lancar dan pantas. Bercakap tentang skrin, realme 8 5G hadir dengan skrin sebesar 6.5″ dengan resolusi 2400×1080 FHD+. Keterangan pada peranti ini boleh dilihat sehingga 600 nits. Cukup terang walaupun digunakan dibawah cahaya matahari. Ia juga boleh memperlihatkan sehingga 16.7juta warna skrin.

Tahun ini, antara fungsi yang wajib ada pada peranti pintar selain kadar segar yang tinggi adalah sokongan talian 5G. Seperti kami beritahu tadi, peranti ini menyokong 5G. Tidak cukup dengan itu, realme 8 5G ini mempunyai ‘5G Dual Sim Dual Standby’. Apa benda ni geng? Ia adalah fungsi 5G yang menyokong kedua-dua sim anda dalam peranti ini serentak. Bermakna jika kawasan anda sudah mempunyai 5G, maka kedua-dua sim akan mendapat talian tersebut. Ia tidak terhad kepada satu sim. Menarik bukan? 5G pada realme 8 5G ini mempunyai sokongan SA/NSA yang kebanyakan negara menggunakan saluran ini.

Bateri.

realme 8 5G didatangkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh. Dengan pengecasan pantas 18W, kapasiti 5000mAh ini dapat dicas dengan pantas sekali. OK geng, bercerita tentang kapasiti bateri sebesar 5000mAh ini, kita tahu ia memang mampu bertahan seharian walaupun dengan penggunaan yang berat. Malah jika kegunaan santai-santai, mungkin mampu bertahan sehari lebih. Tetapi bagaimana pula kegunaan harian dengan talian 5G? Adakah ia mampu menggalas tugas ini?

Jangan anda risau. Jangan anda gusar geng. realme 8 5G didatangkan dengan Smart 5G Power Saving. Ia adalah sebuah fungsi pintar yang mana sistem ini akan menukar sendiri talian yang mana sesuai pada kawasan itu. Situasinya ada seperti anda pulang ke kampung, talian yang paling pantas adalah 4G, jadi realme 8 5G ini akan menggunakan talian 4G tadi sebagai talian utama peranti anda. Secara tidak langsung akan menjimatkan tenaga sehingga 30%!

Selain itu terdapat fungsi Mod Super Power Saving. Didalam mod ini, peranti pintar anda akan lebih jimat tenaga, kuasa CPU lebih dioptimasikan dan peranti akan menggunakan kuasa pada aplikasi tertentu sahaja. Terdapat juga mod-mod seperti Sleep Standby Optimization, App Quick Freeze dan Screen Battery Optimization.

Kamera.

realme 8 5G didatangkan dengan tiga kamera dibahagian belakang dan satu kamera dibahagian hadapan. Kamera utama bagi peranti ini adalah lensa sebesar 48MP Ultra HD . Ia adalah kerana lensa yang digunakan adalah jenis professional yang mampu merakam video dengan kemampuan sangat terang dan jelas. Bukan setakat kemampuan merakam video malah mengambil gambar juga akan kelihatan sangat tajam dan cantik. Ia menggunakan bukaan aperture F1.8 dengan keluasan 80 darjah.

Lensa kedua pula adalah lensa B&W. Ia adalah lensa jenis potret yang membolehkan cahaya diambil dengan lebih baik. Lensa ketiga pula adalah lensa jenis makro yang mampu menangkap gambar sedekat 4cm.

Tidak terhenti disitu, realme 8 5G mempunyai 16MP AI Beauty Selfe untuk kamera hadapan. Bagi peminat selfie, ya geng. Ini untuk korang. Lensa yang realme 8 5G ini gunakan adalah dengan bukaan F2.0 aperture. Mampu mengambil gambar dengan cahaya yang sangat terang. Ia juga mempunyai fungsi seperti Mod Smart Beauty, Bokeh Effect yang mampu membezakan jantina, jenis warna kulit dan jenis paras rupa muka anda. Yang menarik lagi, boleh buat muka anda ‘auto’ cantik atau hensem!

Nightscape. Ini adalah fungsi paling menarik bagi kami pada realme 8 5G. Ia adalah satu teknologi daripada realme untuk anda menangkap gambar pada waktu malam atau ditempat yang gelap. Dengan fungsi ini, gambar malam anda tidak lagi seperti sebelum ini, pastinya indah tatkala malam menjelma. Ia akan mencerahkan gambar yang gelap menjadi gambar yang cerah dan cantik.

Rekaan.

realme 8 5G menggunakan rekaan yang minimalis. Ianya nipis hanya setebal 8.5mm dengan berat 185g, pastinya terasa ringan dan selesa di tangan apabila memegang peranti ini. Seperti peranti realme yang lain, ia menggunakan realme UI 2.0 dengan Android terkini iaitu Android 11.

Ia direka untuk nampak hampir sama dengan Android asli dengan sedikit penambahan daripada realme. Keselesaan pada realme 8 5G ini terasa lagi apabila pengimbas cap jarinya terletak pada sisi kerangka peranti. Pendapat peribadi kami, pengimbas cap jari disisi kerangka adalah yang paling selesa berbanding dibelakang atau dihadapan skrin.

Selain itu, realme 8 5G ini menggunakan storan dalaman sebesar 128GB. Jika anda rasa tidak cukup, bonus untuk anda yang mana peranti ini menyokong kad SD sehingga 1TB! Bukan kaleng -kaleng geng. Boleh simpan macam-macam benda dalam tu. Menarik lagi, walaupun ia menyokong kad SD, anda masih boleh menggunakan dua sim pada realme 8 5G ini. Lengkap.

Banyak perkara menarik pada peranti realme 8 5G ini. Antara yang menarik hati adalah teknologi DRE tadi, yang mana ia mampu menambah RAM anda menjadi lebih tinggi dari sebelumnya. Secara tidak langsung, kerja harian anda akan terasa lebih pantas dan tuntas. Satu lagi fungsi yang perlu dilihat adalah kemampuan menambah storan menggunakan kad SD yang jarang kita lihat pada peranti-peranti pintar sekarang. Jadi untuk anda yang sedang mencari peranti pintar, mungkin ini untuk anda. Untuk info lanjut tentang realme 8 5G ini, anda boleh layari laman Facebook rasmi realme Malaysia.

Jualan Online akan bermula pada 28 May 2021 di Lazada (Store Rasmi realme)
Jualan Offline akan bermula pada 28 May 2021 di Butik Rasmi realme

Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati di laman rasmi realme . Untuk membuat pembelian online korang boleh terus ke realme Lazada Official Store dan untuk walk in korang boleh kunjungi butik rasmi realme yang berhampiran. Laman rasmi Facebook realme Malaysia

You may also like

Leave a Comment