Home Berita Huawei MatePad Pro – Kirin 900E Dengan Sistem Operasi HarmonyOS.

Huawei MatePad Pro – Kirin 900E Dengan Sistem Operasi HarmonyOS.

by ATAN x MG

Huawei MatePad adalah sebuah tablet daripada Huawei yang menfokuskan kepada kegunaan harian ditahap paling optimum. Dengan adanya matepad ini, segala urusan kerja anda akan menjadi lancar dan pantas.

Sebuah Tablet Yang Padat Dengan Spesifikasi.

Hari ini Huawei Malaysia telah mengumumkan jualan secara rasmi tablet terbaru mereka iaitu Huawei MatePad Pro. Ia adalah sebuah tablet yang bersaiz 12.6 inci dengan sistem operasi daripada Huawei sendiri iaitu HarmonyOS. Sedikit ‘flashback’ geng, kami masih ingat ketika Huawei dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan Google Mobile Service (GMS), rata-rata mengatakan mereka tidak mampu bertahan di dalam dunia peranti pintar namun sebaliknya yang berlaku. Anda LEJEN Huawei. Kuasa besar pon kau langgar.

Huawei MatePad Pro hadir dengan spesifikasi cip pemprosessan Kirin 900E dengan RAM sebesar 8GB. Storan dalaman pula sebesar 256GB. Pada kami tablet ini mampu bertahan seharian kerana bateri yang diletakkan adalah sebesar 10050mAh dengan pengecasan kabel jenis USB-C. Skrin yang digunakan adalah jenis OLED yang mana kita tahu, skrin OLED daripada Huawei adalah sangat terang dan ‘vibrant’.

Tidak cukup dengan itu, Huawei MatePad Pro ini disertakan dengan kamera hadapan 8MP dan kamera belakang 13MP. Terdapat juga kebolehan PEN yang dinamakan sebagai Huawei M-Pencil untuk melukis, menulis dan macam-macam lagi. Seperti yang kami cakap tadi, MatePad Pro ini mampu menggalas tugas harian anda dengan lancar dan pantas, Dengan fungsi yang pelbagai, sudah pastinya ia sangat-sangat membantu anda.

Bagi yang mencari tablet, ini adalah satu pilihan terbaik untuk anda. Harga rasmi yang ditawarkan adalah RM 3999.00 (pra tempahan) dan anda berpeluang mendapat papan kekunci magnet Huawei + Huawei M-Pencil dan beg galas Huawei yang berjumlah hampir RM1747.00.

Untuk maklumat lebih lanjut atau ingin membeli, anda boleh melayari laman sesawang rasmi Huawei Malaysia.

You may also like

Leave a Comment