Home Berita Xbox E3 2021 – HALO Akan Dilancarkan Tahun Ini & Peti Sejuk Xbox Ekslusif Diperlihatkan!

Xbox E3 2021 – HALO Akan Dilancarkan Tahun Ini & Peti Sejuk Xbox Ekslusif Diperlihatkan!

by ATAN x MG

E3 adalah sebuah majlis memperkenalkan permainan konsol terbaru dan juga memperlihatkan cara permainan yang sudah sedia ada. Ia adalah acara terbesar untuk mana-mana syarikat konsol tidak kira Xbox, PlayStation, Nitendo atau mana-mana konsol lagi. Semalam telah berlansungnya Xbox E3 dan kita dapat melihat banyak permainan konsol yang mantap akan tiba.

Master Chief Kembali Bersama Cortana?

Banyak permainan yang dapat kita lihat. Antara yang menarik perhatian kami adalah permainan seperti Forza, Battlefirld 2042, Fallout 76, Age Of Empire, RedFall dan semestinya HALO. Didalam acara ini, kita dapat lihat kekuatan konsol Xbox Series X dan S ini untuk menggalas tugas grafik tinggi dan juga kadar segar yang tinggi.

Menariknya, hampir kesemua permainan konsol ini boleh dimain didalam ‘Game Pass’. Bagi yang tidak tahu Game Pass, ia adalah tiket untuk anda bermain kesemua permainan konsol didalam satu plan. Bagi kami ia adalah satu platform yang sangat baik bagi ‘gamers’ sejati. Seperti ATAN, beliau adalah seorang pemain konsol Xbox yang kita tahu, ia kurang popular di sini. Tidak seperti PlayStation yang komunitinya sangat luas di Malaysia. MISAI dan SUMBAT kaki PlayStation geng. Permainan yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat Xbox sudah pastinya HALO.

HALO kali ini memperlihatkan hanya sedikit sahaja permainan untuk ‘campaign’ dah menunjukkan banyak untuk ‘multiplayer’. Pada awalnya kita dapat melihat Master Chief terapung di angkasa lepas bersama askar-askar yang telah terkorban semasa berperang. Kita juga dapat melihat AI terbaru yang menemani Master Chief selepas kehilangan Cortana. Konsep permainan ‘multiplayer’ juga kali ini boleh dimain secara percuma. Ini memang best!

Kita juga dipertontonkan peti ais ekslusif daripada Xbox. Haa.. tu la. Korang dok kutuk sangat Xbox macam peti ais, sekali Microsoft buat betul. Nice pulak tu.

You may also like

Leave a Comment