Home Berita PUBG Mobile Kembali Di Negara India Tetapi Dengan Sedikit Kelainan. Darah Warna Hijau?

PUBG Mobile Kembali Di Negara India Tetapi Dengan Sedikit Kelainan. Darah Warna Hijau?

by ATAN x MG

Masih ingat lagi kalian dengan pengharaman permainan PUBG Mobile di negara India? Ini adalah kerana isu keselamatan yang kerjaan mereka percaya boleh terjadinya kebocoran rahsia dalaman negara. Selain itu, isu sensitif juga dipertikaikan terhadap permainan ini. Tetapi kini, permainan PUNG Mobile ini kembali ke negara itu dengan sedikit kelainan.

Bukan PUBG Mobile Tetapi Hadir Sebagai Nama “PUBG Mobile India”.

Ya geng, seperti tajuk di atas, PUBG Mobile hadir ke India dengan nama baru iaitu sebagai PUBG Mobile India. Kami ceritakan terus mengapa ia dihalalkan kembali adalah kerana tidak menggunakan data server dari China. Ia menggunakan dari luar China. Segala data dan info pemain akan disimpan didalam storan server Microsoft India sendiri.

Terdapat beberapa perubahan didalam PUBG Mobile India ini. Ia akan memaparkan info bahawa segala yang terjadi didalam permainan adalah tidak berlaku realiti dan hanyalah sekadar untuk bermain sahaja. Darah dalam permainan ini juga bukanlah berwarna merah, ia telah ditukarkan kepada warna hijau.

“Mak Kau Hijau”

Dengan darah berwarna hijau ini, menambahkan lagi bahawa PUBG Mobile India ini hanyalah permainan mudah alih semata-mata. Ada lagi satu berita semasa permainan ini diharamkan dalam negara itu adalah kematian seorang budak yang terlalu obses dengan PUBG Mobile. Beliau telah membunuh diri dengan mengantungkan dirinya sendiri. Anda boleh baca disini.

Kami tidak pasti samada ia boleh dimuat turun atau tidak di Malaysia. Tetapi jika anda ingin mencuba, anda boleh klik pautan dibawah ini.

PUBG Mobile India

Sumber : Android Auhority

You may also like

Leave a Comment