Home Berita Tamagotchi Ingin Buat ‘Comeback’? Wow!

Tamagotchi Ingin Buat ‘Comeback’? Wow!

by ATAN x MG

Hanya yang lejen dapat mengenal lejen. Itulah ayat yang paling kena sekali bagi kami apabila menyebuat mengenai Tamagotchi. Pastinya kanak-kanak sekitar tahun 80an dan 90an dapat mengimbau kembali zaman kegemilangan mereka yang rata-rata tersenyem setiap kami terfikir tentangnya.

‘Comeback’ Is Real.

‘Comeback is real’ bro! Bagi yang tidak tahu apa itu Tamagotchi. Ia adalah sebuah alat permainan yang anda akan mempunyai seekor/sebuah/se apa-apa lah yang perlu anda jaga dari segi keperluan makanan, kebersihan, tempat tidur dan semua keperluan asas bagi ia terus membesar. Nampak seperti membosankan bukan? Namun ia adalah sebaliknya. Ianya sangat menyeronokkan. Anda boleh membawa haiwan anda tadi bertemu haiwan peliharaan orang lain dengan berada dekat dengan mereka.

Untuk Tamagotchi yang terbaru ini, ia hadir sebagai sebuah jam tangan pintar yang anda boleh sentuh diatas skrin. Tidak seperti dahulu yang kita perlu tekan pada bahagian butang. Anda juga boleh berinteraksi dengan orang lain menggunakan jam pintar Tamogotchi ini. Tidak cukup dengan itu, ia boleh memamparkan waktu, merakam suara, memasukkan aksesori permainan dan memberi info tentang kesihatan seperti berapa tapak anda sudah berjalan.

Mengikut iklan daripada pihak Bandai, ia akan dilancarkan pada bulan 23 November tahun ini.

Sumber : Kotaku

You may also like

Leave a Comment