Home Berita Telegram Kini Menyokong ‘Group Video Call’. Mantul!

Telegram Kini Menyokong ‘Group Video Call’. Mantul!

by ATAN x MG

Telegram adalah sebuah aplikasi sosial media dan permesejan yang terpenting dalam abad ini. Mana taknya, kemampuan Telegram melangkaui mana-mana aplikasi permesejan diatas muka bumi ini. Kau nak apa, semua ada di aplikasi ini. Sesunguhnya, rugilah orang-orang yang tidak menggunakan Telegram sebagai salah satu aplikasi utama didalam peranti pintarnya.

Anda Kini Boleh Lepak Dengan Kawan-Kawan Anda Di Telegram.

Berita baiknya, Telegram telah memberitahu secara rasmi bahawa aplikasi itu sudah menyokong panggilan video berkumpulan. Untuk makluman anda, Telegram sudah memberitahu mereka dalam pembikinan fungsi ini setahun yang lalu. Menarik tentang fungsi ini, ia mampu dilakukan pada semua peranti tidak kira di telefon atau pon komputer.

Untuk panggilan video berkumpulan ini, jumlah maksimum yang boleh sertai per panggilan adalah seramai 30 orang. Walaupun dalam kumpulan itu ada ramai orang, 30 orang yang pertama membuka kamera sahaja boleh sertai panggilan video tersebut. Namun bergitu, pihak Telegram memberitahu mereka membuat fungsi ini lebih baik hingga anda boleh gunakan sebagai paltform ‘streaming’, majlis siaran lansung dan banyak lagi.

Apa yang ‘Special’ sangat MG? Banyak lagi aplikasi dah ada fungsi ni.

Kami tahu ada yang berfikiran seperti ini. Baik. Apa yang special adalah anda boleh kongsikan skrin anda (share screen) didalam panggilan video ini sambil membuka kamera dalam waktu yang sama. Anda boleh ‘pin’ kan video atau gambar semasa sedang bercakap dengan kawan-kawan anda.

Selain itu, ia mempunyai fungsi Noise Suppression. Ia adalah fungsi membuatkan kualiti audio lebih jelas dan tajam. Ia akan mengurangkan bunyi luaran (background noise) yang mungkin menganggu semasa anda sedang bercakap.

Yang menarik satu lagi adalah seperti yang kami ceritakan diawal artikel tadi. Anda mampu membuat panggilan walaupun menggunakan mana-mana peranti yang ada pada anda. Ia tidak terhad kepada peranti pintar telefon sahaja. Anda boleh membuat panggilan daripada Telegram Desktop menggunakan tablet atau komputer.

Untuk yang mahu mencuba fungsi ini, anda harus tunggu kemaskini aplikasi Telegram daripada Playstore atau AppleStore.

Pesanan penaja : Gunakan Telegram dengan seelok-eloknya. Carilah group yang berilmiah. Jangan cari group bukan-bukan. Hahahaha.

Sumber : Telegram

You may also like

Leave a Comment