Home Berita ZTE Memperlihatkan YouCare, T-Shirt Pintar Untuk Memantau Kesihatan Anda.

ZTE Memperlihatkan YouCare, T-Shirt Pintar Untuk Memantau Kesihatan Anda.

by ATAN x MG

ZTE bukan jenama asing lagi didalam arena peranti pintar. Tidak kurang di Malaysia, ZTE juga dapat membina nama dengan beberapa peranti seperti siri Axon. Kini hadir pula idea untuk memantau kesihatan badan anda dengan membuat baju pintar.

YouCare – T-Shirt ‘Pagoda’ Yang Pintar.

Ya geng. Pandang pertama kami pada t-shirt ini, kami sangkakan t-shirt Pagoda yang lejen tu. Rupanya bukan. Bukan juga t-shirt putih pergi haji/umrah tu. Rekaan sahaja lebih kurang. T-shirt daripada ZTE ini dinamakan sebagai YouCare. T-Shirt YouCare ini dibuat ekslusif di Italy (yang akan menang Euro nanti). Sedikit kata-kata daripada pembina baju ini, YouCare ini mampu mengenal pasti beberapa titik vital pada badan kita dan membawa data tersebut menggunakan teknologi 5G yang dibina sendiri juga oleh ZTE.

Pihak ZTE juga sangat berbangga dengan kejayaan mereka mencipta baju YouCare ketika majlis pelancaran di Barcelona baru-baru ini. Dengan teknologi 5G, mereka juga katakan dapat membuat banyak lagi benda baru. Mereka akan melakukan ujian terhadap t-shirt YouCare ini secepat mungkin. Untuk info anda, YouCare ini berfungsi dengan mengenal pasti titik vital dengan beberapa sensor polimer yand dijahit pada baju tersebut. Selepas titik vital ini dikesan, data akan dihantar dan ditukarkan kepada format digital agar anda dapat melihat di peranti pintar.

Antara fungsi yang anda boleh pantau adalah

  • Analisis penafasan
  • Electrocardiogram (ECG) atau kadar degupan jantung
  • Analisis peluh
  • Analisis otot
  • & macam-macam lagi

Apa yang membuatkan projek ini bakal menjadi ‘pisang goreng panas’ adalah Persatuan Sabit Merah Antarabangsa sangat-sangat berminat untuk melabur untuk pembuatan YouCare. ZTE mensasarkan teknologi tekstile dengan kemampuan sensor polimer ini dapat dikembangkan lagi kepada bidang sukan, kesihatan dan kerja-kerja lain. Sudah semestinya teknologi 5G memainkan peranan yang sangat penting kerana ia mampu menghantar data dengan pantas dan tuntas.

Sumber : Gizmochina

You may also like

Leave a Comment