Home Berita Google Haramkan Aplikasi ‘Sugar Daddy’ di Play Store Namun Aplikasi Tinder Masih ‘Selamat’.

Google Haramkan Aplikasi ‘Sugar Daddy’ di Play Store Namun Aplikasi Tinder Masih ‘Selamat’.

by ATAN x MG

Aplikasi didalam Play Store kebanyakannya ditapis sebelum dapat diiklan pada khalayak ramai. Ia ditapis agar tiada aktiviti penipuan haram, tiada seks bawah umur, tiada aplikasi melaombong kriptowang atau tiada bahan lucah secara umum. Terkini, Google telah mengharamkan pula aplikasi yang menjerumus ke arah “sugar daddy”. Kami yakin ini adalah usaha yang sangat bagus.

Tiada Lagi Aplikasi “Sugar Daddy”. Aplikasi Tinder Masih “Cool”.

Untuk makluman anda, pihak Google sebenarnya telah banyak mengharamkan beberapa aplikasi sebelum sebelum ini. Jadi untuk anda memuat naik aplikasi di Play Store, aplikasi itu harus mengikut mengikut syarat syarat yang ditetapkan oleh mereka.

Untuk aplikasi yang menjerumus ke arah ‘sugar daddy’ ini, sebenarnya ada banyak. Itu pada pandangan kami la geng. Pada persepsi kami, aplikasi ‘dating’ atau dalam mudahnya aplikasi mencari jodoh boleh menjerumus kepada ‘sugar daddy’. Namun mungkin ada baiknya juga aplikasi seperti ini yang mana mungkin ada yang bertemu jodoh melaluinya. Kami merasakan kita harus memikirkan lebih kepada kesan negatif jika sesuatu berlaku. Bayangkan dengan aplikasi mencari jodoh ini boleh menipu, boleh meningkatkan kes seperti rogol, raba, atau gambar-gambar yang tidak senonoh. Bagusnya aplikasi itu dipadam daripada diletakkan dalam gudang aplikasi.

Jadi bermula 1 September 2021, Google telah membuat undang-undang baru dimana aplikasi seperti mencari jodoh/’dating apps’ akan diharamkan didalam Play Store. Bagus? Ya pada kami sangat bagus. Yang ada di Misai Gadget semua alim alim. Taktau la kalau ada yang tak sokong kan? Hahaha.

Tetapi sesetengah aplikasi pihak Google tidak haramkan seperti aplikasi Tinder. Ramai orang menyuarakan pendapat mereka yang mana Tinder juga adalah aplikasi boleh menjerumus kepada ‘sugar daddy’. Namun alasan Google adalah didalam info aplikasi itu, tiada perkataan ‘sugar’. Hmmm.. agak ironi disitu kerana ‘dating apps’ antara yang popular adalah Tinder. Kami berharap Google Malaysia akan membuat perkara yang sama memandangkan aplikasi ini dapat membuat anak muda bersosial dengan lebih bebas.

Sumber : AndroidAuthority

You may also like

Leave a Comment