Home Berita Seorang Pengguna Tidak Sedar Merakam Dirinya Sendiri Sehingga Data Sebesar 682GB!

Seorang Pengguna Tidak Sedar Merakam Dirinya Sendiri Sehingga Data Sebesar 682GB!

by ATAN x MG

Lumrah dunia IT apabila kita hairan apabila memeriksa jumlah storan dalaman apabila warna HDD sudah merah. Kadang-kadang tuan punya badan pon hairan apa benda la yang penuh sangat dekat dalam komputer sampai tinggal sedikit sahaja ruang data. Inilah yang terjadi kepada seorang pengguna yang bernama Tom Mckay yang mana beliau tidak perasan yang beliau merakam dirinya sendiri setiap kali membuka aplikasi kamera pada komputernya.

Data Hampir 1 Terabit Hanya Rakam Diri Sendiri. Agak Lucu.

Tom Mckay yang menyedari bahawa data itu hampir 1 Terabit hanya video beliau sendiri. Ia terjadi apabila beliau membeli kamera murah daripada Amazon berjenama Victure. Beliau dapat menggunakan kamera ini cuma berhadapan masalah seperti ketidak stabilan cahaya. Tetapi bagi dirinya, itu tidaklah masalah besar asalkan kamera itu dapat berfungsi untuk merakam.

Beliau cuba untuk mengubah tetapan secara manual dengan memuat turun aplikasi Open Broadcaster Software Studio (OBS Studio). Setiap kali ingin menggunakan kamera tersebut, Tom Mckay perlu membuka OBS terlebih dahulu agar dapat mengubah tetapan cahaya mengikut citarasa beliau. Agak merimaskan dan membuang masa bagi dirinya, Tom Mckay menerima sahaja kerana itulah hakikat apabila membeli kamera yang murah kata beliau.

OBS Studio Merakam Dirinya Apabila Menggunakan Kamera.

Apa yang tidak disangka, OBS Studio telah merakam dirinya setiap kali beliau menggunakan kamera untuk urusan kerja tanpa dia sedar. Tidak ada sebarang notifikasi beliau yang yakin terus menggunakan seperti biasa. Sehinggalah pada bulan Jun, beliau menyedari telah menggunakan 442GB daripada storan komputernya. Data yang sebanyak itu hanyalah rakaman kucing/pasangan beliau dan ini…..

Beliau berkata ini memang memalukan dan terus memadam tanpa paling kebelakang pon. Tidak berhenti disitu, aplikasi itu terus merakam beliau dan kali ini sebesar 240GB didalam folder yang sama. Beliau terasa sangat bodoh kerana merakam diri sendiri dan kali ini beliau membelek tetapan OBS Studio. Ternyata hanya beberapa saat sahaja perkara tersebut boleh diatasi.

Beliau sebenarnya tertekan butang huruf ‘H’ yang mana itu adalah shortcut untuk hidupkan mod merakam didalam aplikasi OBS Studio tadi. Kali ini beliau menjadi bijak dan terus mengubah ke butang lain. Tom Mckay, lepas ni minta hati hati bro. Nasib gambar muka, kalau gambar lain macam mana?

Kisah diatas nampak lucu hakikatnya ia boleh menjadi bahaya kepada pengguna. Anda mungkin merakam diri anda dalam keadaan tidak sopan tanpa anda sedari. Hati-hati semua. Zaman dunia IT sekarang macam-macam boleh berlaku.

Sumber : Gizmodo

You may also like

1 comment

Noorsyafiq Aziz Noor August 3, 2021 - 7:27 am

Mantap story ni Atan. Bole cerita pasal phone Nokia XR 20 dakk lepas ni? Dgr cerita nak buat comeback!

Reply

Leave a Comment