Home Berita Jualan Siri Galaxy Samsung S21 Adalah Jualan Paling Rendah Dalam Sejarah Samsung.

Jualan Siri Galaxy Samsung S21 Adalah Jualan Paling Rendah Dalam Sejarah Samsung.

by ATAN x MG

Tidak dinafikan, peranti siri Samsung Galaxy S21 adalah antara siri yang tercantik dalam keluarga itu. Dengan kemasan kaca disaluti bingkai aluminium. Memang nampak sangat kemas dan premium. Prestasi juga bukan calang-calang. Ditambah pula dengan kemampuan kamera yang sangat baik. Tapi lihat pada jualan peranti itu, sangat sangat rendah berbanding peranti siri Galaxy yang lain.

Jualan Lebih Rendah Daripada Siri Galaxy S20 & Siri Galaxy S10.

Mengikut laporan Kiwoom Securities (via Bussiness Post), Samsung hanya mampu menjual 13.5juta peranti pada awal 6 bulan selepas pelancaran siri Galaxy S21 itu. Apa yang malang lagi, jualan peranti itu terus merudum 20% dan 47% jualan lebih rendah berbanding peranti siri Galaxy S20 dan Galaxy S10. Seperti mana yang kita tahu, peranti siri Galaxy S20 bukanlah siri terbaik Samsung pernah hasilkan. Siri itu jugalah yang menerima paling banyak kritikan dan sistem paling tidak stabil. Hmm…

Tetapi, ada juga mengatakan siri Galaxy S21 ini juga mengalami masalah yang sama. Prestasi sistem yang tidak stabil namun perkara itu tidak terjadi pada kami sepanjang kami menggunakan peranti itu. Nampak gaya ramai peminat Samsung sudah kurang percaya pada siri Galaxy ini.

Lebih malang lagi, Xiaomi telah merampas takhta sebagai jenama terbesar peranti pintar pada pertengahan tahun 2021 ini. Ini adalah kali pertama syarikat Xiaomi berada di tangga yang pertama setelah dimonopoli oleh Samsung. Pada tahun ini kita tidak akan disajikan denan peranti pintar daripada siri Note. Adakah siri S21 ini mampu membantu Samsung merampas takhta beliau kembali?

Kami di MG yang boleh dikategorikan sebagai peminat Samsung berharap Samsung akan buat comeback dimana Samsung akan menggunakan cip daripada AMD untuk komponen GPU mereka. Cip daripada AMD ini dikatakan lebih berkuasa daripada cip Qualcomm Snapdragon 895.

Sumber : Gizmochina

You may also like

Leave a Comment