Home Berita Poco C3 Mencatat Jualan Sehingga 2Juta Unit Dalam Masa 9 Bulan Di India.

Poco C3 Mencatat Jualan Sehingga 2Juta Unit Dalam Masa 9 Bulan Di India.

by ATAN x MG

India. Sebuah negara yang terkenal dengan pakar pakar IT, pakar pakar gadget. Disana juga terdapat banyak kilang kilang untuk membuat peranti pintar, komponen elektronik dan macam-macam lagi. Kami boleh katakan, apa saja peranti yang dijual di sana, pasti akan habis dijual dalam masa yang sekejap. Yang berbeza hanyalah berapa jumlah terjual antara jenama-jenama yang ada.

POCO C3 – Peranti Kelas Permulaan Disapu Licin Di India.

POCO C3 adalah sebuah peranti kelas permulaan dari keluarga itu. Spesifikasinya adalah menggunakan cip pemprosessan Helio G35. RAM pula sebesar 3GB atau 4GB dengan storan dalaman sebesar 32GB dan 64GB. POCO C3 ini dilancarkan pada Oktober tahun lepas. Kini ia telah terjual kira kira 2juta peranti sehingga kini. Mungkin rakyat disana gemarkan peranti kelas permulaan mengikut pendapatan masing masing.

Untuk skrin, peranti ini sebesar 6.53″ HD+ jenis LCD. Bateri pula sebesar 5000mAh. Terdapat 2 rekaan tona warna. Kamera bagi POCO C3 ini adalah 13MP bagi lensa utama, 2MP bagi lensa makro dan 2MP bg lensa kedalaman.

Benda yang RARE pada peranti ini adalah ia disaluti dengan percikan kalis air P2i yang selalu diletakkan pada peranti kelas pertengahan. Yelah, peranti murah letak fungsi ni lagi. Berbaloi. Mungkin sebab tu ramai beli kot?

Sumber : Gizmochina

You may also like

Leave a Comment