Home Berita Power Rangers Mighty Morphin – Rangers Terbaik Sepanjang Zaman.

Power Rangers Mighty Morphin – Rangers Terbaik Sepanjang Zaman.

by ATAN x MG

Sebut tentang Power Rangers, pastinya semua akan kenal hero yang telah menyelamatkan planet bumi daripada ancaman makhluk asing yang ingin menakluki bumi. Fikirkan balik, apa la yang ada dekat bumi ni sampai banyak makhluk asing nak takluk. Dalam siri Power Rangers, terdapat banyak versi dan siri tetapi untuk kami di MG, siri Mighty Morphin adalah yang terbaik.

Peminat Power Rangers Mighty Morphin Masih Ada Hingga Kini.

Ya geng. Peminat Power Ranger Mighty Morphin ini masih ada hingga kini. Korang bayangkan dah berapa umur diorang ini kalau waktu kecil diorang tonton siri ini? Katakan kita ambil yang lahir tahun 1990. Sekarang dah berumur 31 tahun. Kalau tahun 1980, dah berumur 41 tahun. Fuh. Namun bila sebut tentang hero semasa kita kecil, mesti akan kekal dalam ingatan memori kita. Indahnya dan cepatnya masa berlalu.

Kenapa sebut tentang Power Rangers? Baru-baru ini kami menatal video-video di YouTube, tiba-tiba satu video menaik perhatin kami iaitu ‘Power Ranger Mighty Morphin The Movie’. Tanpa buang masa, terus kami tekan dan geng, dia punya feel tu masih sama semasa kami menontonya di waktu kecil dulu. Meremang bulu roma itu masih ada. Lagu OST yang digunakan memang mengamit kenangan.

Lihat pada pelakon Power Rangers ini, dua aktor Rangers pada siri pertama ini masih berlakon pada watak yang sama iaitu Tommy Oliver (Rangers Hijau dan Putih) dan Jason Lee Scott (Rangers Merah). Tommy seperti kita tahu, masih berlakon hingga sekarang untuk watak rangers manakala Jason hanya datang sebagai aktor undangan bila lawan final bos. Konon konon power la geng. Tetapi ada yang katakan dua aktor ini tidak sekepala. Kami pon tidak pasti.

Lagu pembukaan dan penutup siri ini jugak sangat mantap. Setiap kali atau dimana-mana sahaja lagu ini berkumandang. Pastinya akan membuatkan kita fokus dan berfikir seketika, lagu ni macam pernah dengar? Haaa macam tu. Robot jugak antara yang terbaik dan nampak gagah.

Pada siri pertama inilah, siri Power Rangers yang lain bersambung dan menjadi satu timeline yang sangat menarik. Hinggalah siri power rangers yang dah mula dengan aktor aktor yang muka jambu. Dah jadi kurang mantap. Pada anda, siri Power Rangers mana yang paling mantap?

You may also like

Leave a Comment