Home Berita Jason Kenny – Pemusnah Harapan Emas Malaysia Acara Kierin. Kami Bangga Dengan Dato’!

Jason Kenny – Pemusnah Harapan Emas Malaysia Acara Kierin. Kami Bangga Dengan Dato’!

by ATAN x MG

Hari ini, kita dikejutkan dengan kekalahan pahlawan negara kita iaitu Dato’ Azizulhasni Awang yang memang menyedihkan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Namun kita harus berbangga dengan kesungguhan Dato’ Azizulhasni Awang yang telah mencuba segala yang termampu. Beliau sendiri yakin dapat memenangi emas dan berasa sangat sedih.

Dato’. Kami semua rakyat Malaysia berbangga dengan dato. Anda adalah wira kami.

Jason Kenny – Siapakah Beliau?

Bagi yang meminati acara berbasikal, pasti anda sudah kenal beliau. Tetapi bagi yang tonton acara ini untuk melihat atlet kita beradu tenaga, anda mesti tidak kenal siapakah Jason Kenny ini. Yang anda mungkin tahu, dialah pemusnah harapan emas Malaysia hari ini.

Jason Kenny merupakan seorang atlet pelumba basikal yang berumur 33 tahun. Untuk makluman anda, ini adalah emas ke-7 dalam pertandingan Olimpik. Ya geng. KE TUJUH! Maksudnya dia ni bukan biasa biasa geng. Memang dah otai dah. Melihat kembali kepada sejarah beliau memenangi emas dalam acara ini. Buat kali pertamanya adalah pada beliau berumur 20 tahun iaitu Olimpik di Biejing. Ketika itu beliau masih bujang.

Seterusnya beliau memenangi emas kedua di London pada tahun 2012. MG masih ingat, penutup acara ini adalah persembahan daripada Coldplay. Selepas itu beliau berkahwin dengan seorang atlet berbasikal juga iaitu Laura Trott pada tahun 2016 dan memenagi emas pada tahun yang sama di Olimpik Rio, Ini adalah emas yang ketiga beliau. Dan emas yang terkini adalah acara hari ini iaitu Olimpik di Tokyo. Emas yang lain adalah untuk acara berbasikal yang lain (bukan keirin) Untuk makluman, isterinya juga bukan calang-calang. Turut memenangi emas dalam acara berbasikal.

Dalam artikel ini, bukanlah kami ingin mengidolakan Jason Kenny ini. Kami ingin katakan Dato tewas pada atlet yang terbaik. Dato telah berlumba dengan atlet terbaik didunia dalam trek yang sama. Sedih atas kekalahan namun berbanggalah dengan kejayaan hari ini dan semoga pengalaman ini dapat membuahkan hasil untuk semnagat dato dalam pertandingan akan datang.

Kami semua rakyat Malaysia berbangga dengan dato dan juga semua atlet Malaysia. Tahniah semua!

You may also like

Leave a Comment