Home Android Android 12 Membolehkan Anda Mengawal Peranti Pintar Dengan Mimik Muka Anda.

Android 12 Membolehkan Anda Mengawal Peranti Pintar Dengan Mimik Muka Anda.

by ATAN x MG

Bukan lagi mimpi namun ia adalah realiti. Tetapi perlu diingatkan, perkara ini masih di tahap ujian (beta). Android 12 membolehkan anda mengawal peranti pintar dengan mimik muka anda. Inovasi?

Angkat Kening . Tengok Kiri. Tengok Kanan. Senyum . Eh Kau Dah Kenapa?

Apakah yang dimaksudkan anda boleh mengawal peranti dengan mimik muka anda? Didalam kemaskini Android 12 Beta yang terkini, ia membolehkan fungsi ini pada peranti pintar. Bagaiman tu MG? Contohnya dengan membuka mulut, anda boleh mengarahkan/buatkan panel notifikasi turun seperti anda menatal daripada atas skrin atau mengangkat kening untuk kembali ke homescreen. Menarik bukan?

Apa yang anda boleh kawal adalah menurunkan panel notikasi, menatal skrin ke aplikasi seterusnya atau sebelumnya, memilih sesuatu dan lain-lain lagi. Anda juga boleh menentukan berapa lama mimik muka itu harus dibuat. Fungsi ini akan menggunakan kamera sebagai alat mengimbas muka anda. Obviously la kan? Kamon la.

Untuk anda yang menggunakan Android 11 dan mahu menggunakan fungsi ini. Jangan risau, anda boleh mencuba dengan memuat turun APK yang tertiris dilaman internet.

Sumber : AndroidAuthority

You may also like

Leave a Comment