Home Berita Windows 11 Mungkin Akan ‘Memaksa’ Anda Menggunakan Microsoft Edge Sahaja.

Windows 11 Mungkin Akan ‘Memaksa’ Anda Menggunakan Microsoft Edge Sahaja.

by ATAN x MG

Orang kata makin tua ni dah matang. Dah tak gaduh, sama-sama bermaaf-maafan. Tapi lain pula jadinya untuk Microsoft ni. Benda dah lama pon nak buat susah. Begitulah ayat paling mudah untuk kita faham dalam artikel kali ini. Bagi anda yang kurang gemar menggunakan default browser pada sistem operasi Windows. Anda perlu baca sampai habis.

Benda Mudah Buat Susah.

Terdapat laporan mengatakan bahawa Windows mungkin tidak membenarkan anda menukar internet browser pada komputer dengan mudah. Windows akan ‘memaksa’ anda menggunakan Microsoft Edge sahaja. Bagi anda yang tidak tahu apa itu Microsoft Edge, ia adalah aplikasi carian internet yang diberikan terus pada sistem operasi Windows. Microsoft Edge ini merupakan aplikasi yang menggantikan Internet Explorer. Lejen betul aplikasi ni.

Bagi anda yang menggunakan Windows 10, mungkin anda perasan yang apabila anda ingin menukar aplikasi carian internet yang lain, anda akan di promp kepada tetapan dan perlu menukarnya dibawah tajuk web browser. Bagi yang kurang cekap tentang IT, perkara ini agak menyusahkan. Bagi yang cekap pula, perkara ini sangat remeh. Seperti yang kami katakan diatas. Benda mudah ja kot. Tapi buat susah.

Apa yang menyusahkan lagi adalah mungkin di dalam Windows 11 nanti. Tetapan untuk menukar web browser ini tidak diletakkan lagi secara umum. Anda harus mencari secara dalam atau secara manual melalui command prompt. Ada juga mengatakan anda perlu menukar secara manual setiap jenis file jika mahu menukar aplikasi carian internet yang lain. Maksudnya disini anda perlu assign kan aplikasi apa untuk membuka data jenis HTM, HTML, PDF, SVG, dan XHTML.

Kami tidak katakan Microsoft Edge ini tidak baik. Tidak. Microsoft Edge adalah aplikasi carian internet yang sangat SOLID dan PANTAS. Tak percaya? Cuba anda gunakannya. Memang pantas dan sangat user friendly. Malah kami pernah keluarkan artikel tentang Miecrosft Edge ini. Anda boleh baca artikel itu disini. Cumanya Windows 11 seolah-olah tidak memberikan kebebasan kepada pengguna. Itu sahaja. Tapi bagaimanpun, itu hanya pendapat pribadi kami. Bagaiman pula dengan anda?

Sumber : Gizmodo

You may also like

Leave a Comment