Home Samsung Review Penuh Samsung A52s 5G

Review Penuh Samsung A52s 5G

by ATAN x MG

Bila bercakap mengenai peranti kelas pertengahan, kebiasaan kami akan pecahkan kelas ini kepada 2 kelas iaitu kelas pertengahan dan kelas pertengahan premium. Peranti ini tergolong dikelas pertengahan premium. Kenapa kami katakan sedemikian? Teruskan membaca!

Rekabentuk & Skrin

Seperti yang kami terangkan sebelum ini, Samsung telah menerapkan design yang “selamat” untuk peranti ini. Kami amat bersetuju dengan pemilihan back panel plastik ini. Walaupun kurang “fancy”, tapi back panel plastik lebih “fragile” berbanding kaca. Tambahan lagi, rata-rata pengguna smartphone menggunakan casing. Jadi apa guna back panel kaca yang akhirnya kita tutup keterampilannya?

Untuk pengguna yang mempunyai saiz tangan yang kecil, korang akan lebih struggle hendak gunakan peranti ini dengan sebelah tangan kerana saiznya agak lebar. Untuk tambahan, peranti ini juga hadir dengan lubang bicu audio. Tak payah serabut nak bawa adapter untuk earphone korang.

Untuk skrin, 6.5-inch Full HD+ (1080×2400p) Super AMOLED dengan Infinity-O display. Skrin peranti ini juga menyokong 120Hz refresh rate dengan kadar kecerahan 800nits dan diselaputi dengan Corning Gorilla Glass 5. Untuk outdoor, tiada masalah dibawah cahaya matahari. Untuk layan content Netflix, apa yang kami boleh katakan ianya superb. Skrinnya menyokong content HDR10+, jadi paparannya jelas dan warna juga cantik. View angle juga tiada masalah dengan skrin Super AMOLED ini.

Performance & Bateri

Peranti ini dijanakan dengan pemprosessan Snapdragon 778G 5G yang bersaiz 6 nm. Berikut merupakan score untuk Antutu dan setting grafik untuk game PUBG dan Mobile Legend.

Jika kita lihat dengan score Antutu diatas, dah pasti kalau setakat media sosial dan gaming memang tak jadi masalah. Untuk kedua game diatas, kami tak mempunyai masalah dengan multitouch atau laging. Cuma untuk game PUBG, kami dapati ada berlaku frame rate drop sewaktu turun dari payung terjun. Tapi pada kami, ini normal sebab kami biasa jumpa masalah ini pada peranti flagship yang gunakan Snapdragon 888.

Untuk bab bateri, selalunya kami tak bagi peluang. Kami akan dera sehabis mungkin dan ini hasilnya. Kami telah cuba bermain game Mobile Legends dan PUBG untuk proses penderaan ni. Hasilnya kami berjaya dapat hampir 7jam Screen On Time. Bayangkan dengan bateri hanya 4,500mAh, peranti ini boleh bertahan selama itu. Kalau pengguna yang jarang bermain game, korang jangan risau la pasal bateri ni. Sudah pastinya boleh bertahan sehari lebih dengan sekali cas. Untuk pengecasan, peranti menyokong pengecasan 25w (pengecas dalam kotak) yang mengambil masa sekitar 1jam lebih untuk penuhkan bateri.

Harga & Huraian

Peranti ini dijual dengan harga RM1,899 untuk variant 8GB RAM / 256GB ROM. Sepanjang menggunakan peranti ini, kami amat kagum dengan keupayaan baterinya. Ini kerana gabungan chipset yang bersaiz kecil (6nm) dan juga sistem operasi yang baik menjadikan bateri peranti menjadi point terpenting. Untuk pengguna yang mementingkan skrin peranti yang cantik dengan keupayaan bateri yang bagus, kami sangat recommend peranti ini untuk anda.

You may also like

Leave a Comment