Home Apple iPhone 14 – Punch Hole Display & Vapor Chamber Cooling System

iPhone 14 – Punch Hole Display & Vapor Chamber Cooling System

by ATAN x MG

Selepas menambah baik dari segi kadar semula paparan untuk iPhone 13 Pro. Kini iPhone mula menitik beratkan hal dari segi size paparan skrin dan sistem penyejukan pada iPhone 14. Tetapi ini semua hanyalah khabar angin dari media luar Negara. Kepastianya tidak dapat di pastikan untuk masa sekarang. Jika khabar angin ini sudah di pastikan, sudah pasti ini akan menjadi berita yang baik untuk para penggemar iPhone.

Skrin

iPhone 14 masih di kekalkan dengan 3 biji camera di bahagian belakang tetapi untuk camera di bahagian hadapan ia dibina di dalam skrin. Ini adalah perubahan yang baik untuk pengguna. secara tidak langsung ia akan memberikan pengalaman yang lebih baik apabila menggunakanya untuk menonton video atau bermain permainan video .

Penyejukan

Bermula pada tahun 2022, model iPhone 14 berkemungkinan menggunakan sistem vapor chamber, yang dikatakan oleh Apple ia akan menjadi pengujian yang amat berkesan. Sistem terma VC akan diperlukan untuk iPhone 14 kerana kuasa pengkomputeran yang lebih kuat dan kelajuan sambungan 5G yang pantas membuatkan suhu tidak meningkat dengan secara mendadak

Tiada lagi info yang sahih untuk Tarikh rasmi pengeluaran dan harga untuk model 14 ini. Ia mungkin akan hadir dengan 3 variasi iaitu, 14/14 PRO/14 PRO MAX. Sekiranya kami dapat info yang lebih lagi, kami akan update dari masa ke semasa.

You may also like

Leave a Comment